Skip to main content

Posts

The Lost World of Mimaland

Malam tadi, tak semena-mena dok search pasal Mimaland. Ternampak ada orang share kat FB, dah lama nak search pasal kisah Mimaland kena tutup tapi sampai ke sudah tak search pun hinggalah malam ni. Mula baca blog-blog orang. Banyak entry blog sekitar tahun 2012-2013. Kebanyakan blog ayat sama je pasal sejarah Mimaland tu, copy from somewhere rasanya. Then jumpa jugak blog yang ada orang cerita pengalaman sendiri, pegi ke taman tema terbesar di Asia tu yang kini dah terbiar. Yang banyak semua pakat cerita hantu dengan seram belaka. Maklum la tempat tinggalan, dah jadi hutan, dan pernah dikisahkan ada berlaku beberapa insiden kematian jugak kat situ. Lepas tu, macam tak puas hati baca kat blog, search kat FB. Nak-nak pulak memang ada fanpage MIMALAND (boleh search kat Fb), banyak la info boleh dapat. Kat page tu banyak share gambar-gambar pengunjung yang penah datang dulu. Dari gambar-gambar tu dapatlah kita bayangkan cemana keadaan Mimaland masa tu. Yang paling glamer, replika haiwan ...

Shopping Keperluan Rumah di KK Home Deco Shah Alam

Minggu lepas, selepas makan-makan di Seri Keningau Village tu, kitorang singgah kejap ke KK Home Deco di belakang Plaza Masalam tu. Kalau sesiapa yang biasa datang ke Plaza Masalam, mesti akan perasan ada kedai deko besar ni tepi jalan sebelum simpang masuk ke plaza. KK Home Deco ni memang best dan rambang mata untuk orang yang minat design Inggeris. Sebab banyak design ala ala macam tu kat sini. Lain-lain banyak untuk citarasa moden. Banyak jugak pilihan dan harga pun agak murah. Masa saya pergi hari tu ada diskaun. Nak shopping pun senang sebab disediakan troli. Cuma agak sempit lah sebab banyak barang. Nak mencari barang pun selesa sebab disediakan cooling fan sebesar alam hehe. Takde la rasa berpeluh ketiak dalam tu. Kat sini bukan setakat boleh cari barang deko je, perabot rumah pun ada juga. Langsir, kerusi, meja, almari pun ada. Menariknya, deko untuk taman pun ada. Kalau yang kreatif tu, nak cari bahan atau hiasan untuk perkahwinan pun boleh. Untuk deko hantaran ke, goodie...

Review Makan: Seri Keningau Village, Plaza Masalam, Shah Alam

Khamis lepas, saya sekeluarga berpeluang makan tengah hari di Seri Keningau Village, Plaza Masalam ni. Kalau orang Shah Alam mungkin dah biasa dengan restoran Seri Keningau ni, diorang ada beberapa cawangan termasuk Bason by Seri Keningau di Seksyen 9. Kat sini, untuk menu tengah hari, ada nasi campur dan jugak kalau nak order makanan lain pun boleh. Soto, laksa, bubur pun ada. Kitorang makan nasi campur dan juga order. Nasi campur ada pilihan lauk ikan, ayam, daging, seafood tapi taklah banyak sangat. Sayur dan ulam pun ada. Hari tu, antara menu yang ada ayam bakar, udang goreng tepung, tauhu telur goreng pedas, sayur campur, ikan kering. Saya ambik sepinggan nasi campur untuk anak, dengan lauk ayam bakar, sayur campur goreng dan bergedil. Sayur tu ok, sedap juga. Sentiasa panas. Bergedil pun sedap. Cuma ayam bakar saya agak kecewa sebab terlalu sejuk. Agaknya lama terdedah kepada udara dan air cond kedai. Rasa ayam bakar ok la. Kami ada order makanan jugak. Kami order: 1. Nasi ...