Skip to main content

Posts

Review Makan: Seri Keningau Village, Plaza Masalam, Shah Alam

Khamis lepas, saya sekeluarga berpeluang makan tengah hari di Seri Keningau Village, Plaza Masalam ni. Kalau orang Shah Alam mungkin dah biasa dengan restoran Seri Keningau ni, diorang ada beberapa cawangan termasuk Bason by Seri Keningau di Seksyen 9. Kat sini, untuk menu tengah hari, ada nasi campur dan jugak kalau nak order makanan lain pun boleh. Soto, laksa, bubur pun ada. Kitorang makan nasi campur dan juga order. Nasi campur ada pilihan lauk ikan, ayam, daging, seafood tapi taklah banyak sangat. Sayur dan ulam pun ada. Hari tu, antara menu yang ada ayam bakar, udang goreng tepung, tauhu telur goreng pedas, sayur campur, ikan kering. Saya ambik sepinggan nasi campur untuk anak, dengan lauk ayam bakar, sayur campur goreng dan bergedil. Sayur tu ok, sedap juga. Sentiasa panas. Bergedil pun sedap. Cuma ayam bakar saya agak kecewa sebab terlalu sejuk. Agaknya lama terdedah kepada udara dan air cond kedai. Rasa ayam bakar ok la. Kami ada order makanan jugak. Kami order: 1. Nasi ...

Cara Mengawal Penggunaan Smartphone pada Anak

Zaman sekarang ni, nak tak nak memang kena terima budak-budak kecik pun dah pandai guna handphone. Eh bukan setakat tu, smartphone. Pandai klik guna internet. Budak sekarang dah lain zaman. Memang tak boleh nak anggap macam zaman kita dulu yang hidup dengan 3310 pun rasa punya hebat dah. Tapi pada saya yang penting kena KAWAL. Mak bapak sendiri pun kena kawal jugak, barulah namanya kepimpinan melalui teladan. Saya bagi juga anak main handphone saya, tapi saya kawal apa yang dia boleh buat. Saya cuma bagi dia guna apps yang bersifat EDUCATING sahaja contohnya sorting, puzzle, matching pictures dan belajar nombor dan huruf. Sebarang bentuk GAMES tak pernah diajar atau dibiasakan. Setakat main Talking Tom sahaja. Selain tu, sewaktu bagi anak guna handphone, saya akan OFF WIFI/DATA. Jadi kalau dia nak klik Youtube memang error. Satu lagi untuk elak dia tertekan apa-apa yang seterusnya redirect ke mana-mana site atau apps yang tidak sepatutnya. Dan selalu bila takde internet, dia guna h...

Nasi Ayam Pasar Malam Seksyen 19, Shah Alam

Kerja gila malam tadi. Pukul 10 malam anak lapar minta nasik. Alamak, kat rumah tak ada pula nasi standby, maka abahnya kata jom pi beli nasi ayam kat Tam Nasi Ayam Seksyen 23 yang famous amos tu. Tak pernahnya kami anak beranak keluar malam selewat tu, maklumlah selama ni ada baby kecik tu takkan nak keluar malam-malam. Tapi dia dah hampir setahun ni, baru berani bawak keluar jalan. Dan lagi, bila nak bawak keluar je, kemain dia tersenyum manis. Agaknya jemu dah dok dalam rumah. Kesian anak ummi. Maka, bergeraklah kami ke sana. Baru seminit gerak, si adik dah terlentok mengeroh (berdengkur). Dah time tidur dia, duduk pulak dalam aircond, memang terus lena la dia. Sesampai di Tam, alamak ramainya orang. Masa tu pukul 10 malam lebih dah tau. Wah betapa ramai orang dok makan lewat macam ni ek (termasuk kitorang). Jenuh la obesiti! Ehhh. Suami saya ni jenis yang tak berapa rajin nak menunggu. Lagi pun anak tengah lapar kan. Jadi kami buat keputusan ke Tat Nasi Ayam pulak, di Seksyen ...