Skip to main content

Posts

Review Produk: Tropika Baby Herbal Cream

Tropika Baby Herbal Cream ini mulanya suami saya saja nak cuba. Terlanjur di farmasi nak beli Sterimar (saline water untuk cairkan kahak) terbeli sekali krim ni setelah dipromote oleh staf farmasi. Dan sejak tu, suka juga guna. Dah beberapa kali beli dah kiranya. Apa yang saya suka tentang krim ini? 1. Krim ini ringan, tak berminyak atau melekit. Bila sapu kat anak, cepat meresap. Jadi tak sememeh dan tak risau anak tenyeh-tenyeh. 2. Bahan yang digunakan adalah minyak kelapa dara, halia, minyak kayu putih dan herba-herba lain. Jadi tak perlu risau ada bahan kimia yang pelik-pelik atau boleh membahayakan anak. 3. Baunya harum. Bila sapu kat anak, semerbak baunya. Bau herba. 4. Tidak panas. Sesuai untuk sapu kat anak seawal sehari selepas dilahirkan (macam sapu minyak telon/mestika juga). 5. Sesuai digunakan untuk bantu atasi baby angin, kembung, selsema dan yang sewaktu dengannya. Sapu je lepas mandi. Wangiiii  Cuma satu je lah... saya prefer kalau krim tu dalam tiub kot (maca...

Cara Ibu Menyusu Elak Lapar di Tengah Malam

Dilema ibu menyusu. Setiap kali lepas menyusu je, mula lapar balik. Padahal rasa makan banyak dah sebelum tu. Makan banyak sangat karang, nanti gemok pulak. Dari satu segi, ibu menyusu ni tak payah la risau sangat bab cepat lapar lepas menyusu anak, sebab proses penyusuan tu membakar kalori. Habis terbako lemak semua lapar lah balik! Tu yang kejap kejap lapar tuuuu. Tapi bukanlah bermakna boleh main taram je nak makan apa pun. Kena perhatikan jugak la ye kot anak kembung ke cirit birit ke... makanan macam tu kena berpantang la sikit ye. Yang penting cukup zat dan makan pun berpada-padalah kan, jangan sampai melampau pulak. Saya pun tidaklah berpantang makan sangat, in fact makan aje apa yang melintas depan mata. Paling kurang nak rasa juga sikit. Bila kita cukup makan, atau dapat makan makanan yang sedap dan kita suka, insha Allah susu banyak. Sebab kita happy. Bila happy, SUSU MERIAH tapi depend jugaklah tubuh masing-masing. Cuma yang tension nye bila tengah malam. Anak memang aka...

Review Makan: Khadijah's Kitchen, Shah Alam

Semalam berpeluang dinner kat Khadijah's Kitchen kat Seksyen 9, Shah Alam. Lokasinya mudah saja nak cari, bersebelahan dengan Plaza Masalam. Cuma nak parking tu yang tricky sikit. Rupanya kena masuk parking kat dalam Plaza Masalam tu (tingkat 4), then masuk kot pintu belakang. Ok KK ni kalau tak tahu, Datuk Khadijah Ibrahim yang punya. Ala yang jadi juri Kilauan Emas tu (in case tak kenal juga). Daripada luar nampak macam menarik juga, sebab tu saya dengan husband nak cuba. Sesekali makan kat luar. Menu yang disediakan set nasi putih dengan lauk pauk (asam pedas, masak lemak antaranya), nasi goreng, sayur-sayuran, nasi lemak (specialty diorang), menu mi dan laksa. Menu yang kami pesan: 1. Nasi putih + daging salai masak lemak 2. Nasi goreng cina 3. Laksa Johor 4. Nasi putih + sup ayam 5. Bandung ais 6. Barli ais Satu komen je - SEMUA SEDAP! Anak saya makan habis sepinggan nasi dengan masak lemak daging salai tu. Kuah lemaknya cukup rasa dan pekat. Daging salai pun banyak...