Preparation menyambut ahli keluarga baru ni boleh kata agak kelam kabut bagi saya. Dengan shopping last minute, tu pun mujur banyak juga barang dan baju serta kelengkapan lain yang masih elok sejak anak sulung tak perlu dibeli baru. Tapi itu lah, sayu pulak tengok si adik baby ni pakai baju-baju lama si abang. Hehe. Ada jugak baju baru dia. Takde la tak beli langsung. Sama lah kes dengan tukang urut. Sebenarnya dah lama cari. Tapi biasa lah ada kekangan di sana sini. Kos pun antara satu faktor. Mahal atau murah, biarlah sesuai dengan pakej ye tak. Saya mintak biras tolong carikan, ada lah sorang. Tapi macam agak mahal dengan pakej yang dia tawarkan. Maka out. Alternatif lain, tukang urut yang biasa urut saya masa bersalin dulu. Tapi saya yang nak kena pergi ke rumah dia. Dan khabarnya makcik tu pun makin sukar dihubungi. Buatnya dah sampai depan rumah dia, dia tak ada. Sesia dan buang masa sahaja. Maka sekali lagi...out. Alternatif satu lagi. Nasib baik mak mertua saya teringat jir...
Everything worth sharing, it's here.