20.9.21

Big Why Nak Kurus

Selama ni, bukan akak tak pernah turunkan berat badan, malah pernah berjaya atas inisiatif sendiri, buat sendiri aje.

Ikut coach pun ada, berjaya juga.

Tapi malangnya dek nafsu makan yang sukar dikawal, lagi-lagi hasben sukalah bawak balik makanan sedap-sedap membantutkan akak untuk terus berdiet sihat.

Haish lemah semangat betuilah.

Sampailah satu ketika kesihatan akak diuji sikit, asbab tu akak kena monitor tekanan darah (BP) hari-hari, hasilnya BP agak agak tinggi.

Sejak tulah akak insaf sikit dan jaga makan, mula balik bersenam. 

Mula-mula tu susah jugak nak start rutin camni tapi bila teringat BP tu, jadi paksa diri untuk buat juga walaupun sikit-sikit sehari. Beria-ia sangat pun karang jemm pula badan terkejut. 

Jadi slow-slow, one step at a time.

Akak juga mula amalkan DASH Diet (Dietary Approach to Stop Hypertension). Untuk kurangkan berat badan dan turunkan tekanan darah sekali.

Dia sama je macam diet seimbang yang biasa, cuma dikurangkan pengambilan karbo, lebihkan serat, tambahkan hidangan sayur dan buah, pengambilan bahan tenusu.

Setakat ni berat akak belum la turun lagi, nak kena betulkan portion dan waktu makan juga ni. Tapi tekanan darah ada turun sikit dan akak pun dah kurang pening.

Korang kalau suka makan makanan lemak-lemak, goreng-goreng, masin-masin... bawak bawaklah kurang sebab tu boleh affect badan dalam jangka masa panjang. 

Darah tinggi, jantung... bahaya ooo ni penyakit yang dok ada dalam badan senyap-senyap.

Lagi kalau tak bersenam, sayur buah kurang... suka makan snek kurang sihat macam kerepek, bahan proses... boleh nak makan tapi kena control kuantiti dan kekerapan.

Akak pun kesedaran datang lambat, masih syok dok layan makanan. Tapi dah kena seround tu, Allah tegur tu, paham-paham la na. Sudah-sudah la tu makan sedap sepanjang hidup ni, ubah gaya hidup dan cara pemakanan insya Allah kesihatan akan semakin baik.

So apa Big Why akak nak kurus?

NAK TURUNKAN TEKANAN DARAH supaya dapat kawal penyakit lain yang sewaktu dengannya. 

Senang kata, NAK SIHAT.


17.9.21

Oh My Venus

 Akak tertarik nak tengok K-drama ni sebab nak tengok cara kuruskan badan. Ahaks.

Almaklum akak tengah nak mengurus ni, jadi ambik inspirasi sikitlah.

Well, memang best dan banyak juga panduan yang boleh diikut.

Antara tip yang akak ingat:

1. Postur kena betul dan duduk/berdiri tengak seolah-olah ada orang tolak dahi rapat ke dinding. Untuk elak sakit leher gitulah.

2. Buat stretches sebelum tidur.

3. Jaga makan dan portion, eat clean. Wajib.

4. Kena exercise.

5. Kalau gemuk disebabkan sesuatu penyakit, kena ambil ubat yang perlu.

Macam cliche je kan?

Well, mana ada jalan senang nak kurus dek non. Konsepnya kurang kalori diambil, susutlah badan.

Apapun jalan cerita ni menarik jugaklah.

Dapat info pasal penyakit osteosarcoma (penyakit kanser tulang), hypothyroid.

Konflik keluarga yang agak complicated tapi ending dia agak tak disangka. Jadi akak enjoy jugaklah.

Pelakon dia pun best, hero dia So Ji-sub, heroin dia Shin Min-ah.

Yang nak motivasi kurus tu, silalah layan drama ni okey!