8.3.20

Tiga Bulan di Tahun 2020

Kalut dengan pelbagai urusan sejak awal tahun, akak tak perasan dah lama tak menulis kat sini.

Dah masuk ke bulan ketiga dah pun dalam tahun kereta terbang ni dengan macam-macam berita yang kita terpaksa hadap dan terima.

Covid-19, politik semasa negara... dugaan dugaan...

Akak serabut juga lately tapi cuba untuk bertenang juga. Walaupun banyak kerja dok tak siap tapi dok tenangkan diri. Masih lagi pun dok adjust diri dengan schedule tahun ni.

Makin mencabar membesarkan anak yang dah mula pandai memberontak, pandai memerhati, banyak soalan dalam kepala depa yang kita perlu layan dan jawab dengan berhemah gitu. Siaplah kau dengan jawapan yang bernas lagi bijak yaaaa...

Tahun ni juga menyaksikan banyak kali lawatan ke hospital sebab anak tak sihat. Abahnya ke hospital terus, senang semua facility ada. In case kena check darah, nebuliser, x-ray, test untuk denggi/influenza ke apa.

So far alhamdulillah. Dipermudahkan.

Ingat tahun ni nak mengaktif juga media sosial. Tapi macam tak berapa kesampaian. Blog juga yang tetap akak kembali untuk meluahkan segala catatan dan keluh kesah. Ehhh hehe

Apapun akak doakan negara kita sentiasa makmur sejahtera, dijauhkan wabak yang berbahaya ini dengan cepat dan beri ketabahan dan kekuatan untuk semua staf kesihatan yang bertungkus-lumus melawan Covid-19. 

Para ahli politik pula, hm tak reti nak cakap. Doakan yang memimpin negara ni mampu menyatukan rakyat.

Dah udah... tidolah kome wehhh!