Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2019

6 Tumbuhan Terbaik untuk Diletak dalam Rumah

Akak ralit dok baca NST, terjumpa 1 artikel yang share pasal tumbuhan yang bagus diletak dalam rumah bukan hanya sebagai hiasan malahan membantu membersihkan udara persekitaran dan dalaman rumah. Rupanya bila letak indoor plants ni, kajian ada mengatakan mampu tingkatkan produktiviti dan kreativiti juga. Ini 6 indoor plants terbaik yang dikongsikan oleh Kathy B. dalam kolum Home Improvement, NST, Feb 28, 2019. 1. Dieffenbachia 2. Pothos 3. Aloe vera 4. Spider plant 5. Jade plant 6. Ficus Bolehlah cari indoor plants ni untuk baiki kualiti udara di rumah sekaligus mencantikkan rumah. Ini pula pokok-pokok yang bagus untuk menapis udara dalam rumah. Bolehlah cuba.

Kenali Tanda Keracunan Makanan

Pagi ni, tak menahan-nahan akak nak ke toilet. Perut memulas, isi perut tak sesabar nak keluar. Peluh menderu-deru habis lencun kepala. Lepas tu loya tapi mujur tak muntah. Aduh, agaknya food poisoning gini ni. Akak pernah kena lagi teruk dari ni. Azab jugaklah lemah lembik badan oi. Tadi akak google saja nak check betul ke simptom yang akak alami ni sebab food poisoning. Maka ini dapatan akak. KERACUNAN MAKANAN Sumber: www.mohklik.moh.gov.my Apa itu keracunan makanan? Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar. Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk). Apa yang menyebabkan keracunan makanan? Punca keracunan makanan: 1. Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus 2. Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai 3. Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum 4. Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawa...