Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

Tren Dulu Tren Sekarang

Baru-baru ni akak jadi pengguna tren untuk 2 minggu. Akak ada kursus. Setelah agak lama meninggalkan arena mengangkut diri dengan pengangkutan awam, akak agak teruja juga nak alami pengalaman ni semula. Memula terkial-kial juga nak biasakan diri, nak beli tiket. Tapi lama-lama dah terror, siap tak guna tiket dah, guna kad Touch n Go aje, senang yakmat. Tapi kalau nak beli tiket pun, taklah susah pun. Mesin tiket alhamdulillah kebanyakan ok. Ada banyak mesin dan orang tak beratur panjang pun macam dulu kala. Mesin pun efisien je akak tengok. Bezanya, tiket tu dalam bentuk token bukan tiket kertas atau kad. Jadi suatu perkembangan yang bagus di situ sebab mudah dan tiada pembaziran. Lagi pemerhatian tentang sistem pengangkutan awam (tren dan bas RapidKL) sekarang berbanding zaman akak jadi pengguna tegar 6-7 tahun lalu: 1. Tempoh menunggu singkat. 2 minit, 5 minit, 10 minit akan datang tren seterusnya. Peak hours kedatangan tren agak kerap. 2. Masih boleh bayar guna kad Touch N Go...

Resipi Homemade Nugget Simple dan Cepat

Nugget ni, tak kira budak ke mak bapak budak semua suka makan ye dak? Tapi itulah, kadang nugget yang kita beli frozen tu banyak sangat pengawet, bahan perasa semua. Sesekali makan tu ok je pada akak. Tapi elak kerap sangat. Maka atas inisiatif nak jugak makan nugget banyak tapi nak perasa tambahan dan yang sewaktu dengannya, akak buat sendiri je kat rumah. Homemade nugget gitu ha. Ala biasa dah orang dok buat sendiri kan sekarang. Tapi akak totap nak share macamana akak buat. Haha Rupanya mungkin idaklah lawa mana tapi rasanya ok laa. Puas hati makan. Yang penting sekejapan sangat nak buatnya. Bahan pun tak banyak. Zass zass siap. Nah resipi, kalau sapa rasa nak coba. Nugget Ayam Homemade Bahan-bahan: Filet ayam, 3-4 keping Telur, 2 biji Herba Itali, 1/2 sudu besar Garam, 1 sudu teh Serbuk roti golden orange, 1/2 peket Cara buat: - Hiris filet ayam ikut saiz yang u ols suka - Tabur herba Itali dan garam, gaul rata - Pecahk...