Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

Zizie Ezette Dapat Twin!

Imej: Instagram Zizie Ezette December babies! Baru tengok Fizo update Mawar dah selamat bersalin, Zizie Ezette pun menyusul dengan twin! Sheikh Muszaphar-Dr Halina pun baru dapat twin hari tu. Wahh meriah! Tengok mak-mak selebriti post-bersalin ni, lawa kemain. Akak dulu rasanya kemain selebet. Kahkahkah Penat meneran tak habis lagi kau. Apapun tumpang happy dengan mereka yang dapat baby baru tahun ni dan tahun depan. Rezeki :)

Sambut Hari Jadi Anak

Semalam, meraikan birthday anak sedara dan anak-anak akak sekali, kat rumah mak. Aunties diorang la ni yang arrange, kita follow je. Hehe Biasa, sambut birthday cara kami sederhana saja tapi yang penting semua dapat berkumpul sekali dan makan sama-sama. Selalu buat di rumah aje sebab dengan ada anak-anak kecik ni masing-masing lebih selesa. Kalau masa akak kecik dulu, mak akan masak laksa dan jemput kawan-kawan mai rumah. Itu sajalah sambutannya. Jamu orang makan. Hehe Semalam kami berstimbot. Senang dan sedap makan ramai-ramai. Abah mentua belikan durian. Adik ipar belikan kek birthday. Adik ipar sorang lagi belikan bahan-bahan stimbot. Abang ipar belikan KFC. Birthday semalam meraikan 3 orang - anak sedara sorang dan anak akak 2 orang. Maka syoklah anak-anak dapat hadiah. Dapat beg sekolah dengan kaler, pencil case. Dapat baju baru. Alhamdulillah alhamdulillah. Kita sebenarnya bukanlah nak sambut birthday tu yang utama. Keutamaannya kumpul adik-beradik, anak-anak jumpa sepupu...

Sumbangan Pembinaan Bangunan Sekolah Menengah Islam Puchong

Foto: FB Sekolah Menengah Islam Puchong (Official) Ini adalah entri rayuan sumbangan ikhlas untuk pembinaan bangunan Sekolah Menengah Islam Puchong yang kini masih lagi di peringkat awal. SMIP beralamat di Jalan Jurutera, Kg Seri Aman, Puchong, Selangor. Jika ingin menyumbang, boleh salurkan kepada salah satu akaun bank di bawah. ================================= TERKINI!! Sekitar perkembangan Projek Pembinaan Bangunan Baru SMIP. 18 Disember 2017 Rayuan Sumbangan Ikhlas ke akaun: Bank Islam : 1206 5010 0443 60 Sekolah Menengah Islam Puchong Maybank : 5627 7721 1141 SMIP AL QAMAR RESOURCES " Teruskan menyumbang.. Semoga Allah memberkati para penyumbang & penderma sekalian " Terima kasih. **Sekolah ni dah siap dah pembinaannya dan pelajar dapat belajar dengan selesa. Kalau nak hantar anak belajar di sini, sangat dialu-alukan.

Anak ke Tadika dah Minggu Depan!

Di timeline FB, penuhlah dengan perkongsian mak ayah dengan perbelanjaan anak nak masuk sekolah. Dari keperluan sekolah macam beg, kasut, baju hinggalah ke buku dan yuran. Bukan sikit-sikit belanja untuk seorang anak, berganda kalau anak ramai. Harga sebuah pendidikan untuk anak-anak, generasi pewaris bangsa. Kami yang baru nak daftar anak ke tadika pun dah mula rasa. Itupun umur 6 tahun baru kami masukkan ke tadika. Alhamdulillah juga dapat tadika yang yurannya masih dikategorikan mampu untuk kami. Cuma masa daftar ni jelah, bayaran untuk buku, uniform dan lain-lain. Pengalaman pertama agak mengujakan jugaklah. Dah kena siapkan uniform tadika, tampal lencana, beli beg sekolah dan alat tulis. Setakat ni tengok anak ok aje, minta-minta nanti dah start tadika tu pun dia ok la jugak. Minggu depan akak dah jadi mak yang ada anak sekolah dah. Hehe. Geng la dengan mak-mak yang kena iron baju uniform anak. Haha. Cuma tak payah nak perang kejut anak bangun pagi sebab dia tadika sesi p...

Anak Masuk Sekolah

Dah tiba ke minggu akhir cuti sekolah, mak ayah pun dah start busy uruskan anak kembali ke sekolah. Beli buku, siapkan pakaian, kelengkapan sekolah dan macam-macam lagi. Akak pun tetiba tak terkecuali. Akak hampir lupa anak akak pun nak masuk sekolah. Sekolah tadika. Hahaha Dah daftar dan dah dapat baju uniform tadika dah. Warna hijau. Hehe. Besor sikit almaklumlah anak bujang akak tu selim melim orangnya. Tapi oklah tu. Tinggal nak siapkan barang-barang sekolah sikit. Beg, kasut, alat tulis. Anak akak masuk tadika first time umur 6 tahun. Macam ummi abah dia la. Masa umur 4-5 tahun dia sekolah ummi je. Hihi Harap-harap urusan pertadikaan dia berjalan lancar. Nampak setakat ni, dia excited nak pi tadika. Jangan sampai nanti depan pagar tadika dia buat drama udah le! Mak-mak semua dah siap ke barang sekolah anak? Ke minggu nak shopping?

Nasi Lemak Bungkus

Pagi bersarapan dengan nasi lemak dah memang tak asing dah bagi rakyat Malaysia ni. Akak pun tak terkecuali. Sekarang ni, akak suka nasi lemak bungkus kecil-kecil. Kalau dapat yang dibungkus dengan daun pisang tu memang paling akak suka. Bau dia sedap, harummmmm. Satu masalah nasi lemak bungkus kecil ni, lauk dia selalu tak cukup. Haha. Tak cukup dalam erti kata tekak akak. Pernah jumpa, nasi lemak yang saiz memang kecil, agaknya saiz penumbuk anak akak je hehe, sambal kosong, ikan bilis kacang ada satu sudu teh, telur dadar sekeping nipis. RM1.20 ke RM1.50 dah tak ingat. Ada juga yang complete nasi lemak secawan, sambal, ikan bilis goreng, kacang, telur rebus separuh, timun - harga up sikit RM1.80. Yang lebih kurang camni tapi harga RM1.50 pun ada. Ada juga jenis nasi lemak dengan sambal bilis bawang, telur goreng. Pun boleh je. Macam-macam versi. Yang pasti, penjual nasi lemak pun nak kena fikir kos juga. Santan, kacang, ikan bilis, telur boleh tahan juga harganya. Nak nasi ...

Reda Sakit Pinggang dengan Panaflex

Encik husband sakit-sakit pinggang minggu lepas. Akak, memang sejak beranak pinak sakit pinggang sokmo dah. Hehe. Kurang kalsium dan penuaan mungkin juga ye. Encik husband dok angkat-angkat barang berat semenjak dua menjak ni, kadang tidur atas lantai dengan toto nipis, berasa jugaklah sengal lenguh tak sedap pinggang. Akak dah memang tau dah. Kalau keputusan pil kalsium, lepas tu kurang minum susu, memang senang sakit pinggang. Jadinya nak bagi reda sakit pinggang tu, encik suami beli Panaflex. Macam koyok gaklah. Pelekat berangin nak bagi lega sakit pinggang. Dia pakai sekeping sebelum tidur. Esoknya alhamdulillah kurang sakit dah katanya. Akak pun cuba jugak semalam sebab sengal sungguh rasa pinggang ni. Sebaik saja pelekat tu melekat kat belakang pinggang tu, berdesup berangin terasa aduhh leganya! Dia macam kita sapu minyak panas jugaklah tapi yang ni rasa berangin tu sampai ke esok pun ada lagi. Sedap betul perasaan dia. Haha. Kalau koyok macam sekejap je dah hilang rasa be...

Untungnya dengan Celcom Xpax

Akak dulu pengguna tegar Celcom, sampailah satu masa akak tukar ke Tunetalk tapi tak lama lepas tu kembali ke Celcom. Jadinya akak jadi pengguna baru Celcom, dengan plan Xpax yang baru. Cuma title loyal user tu dah takde la. Haha So far hampir setahun kembali ke Celcom ni, akak puas hati guna. Maklumlah dengan semuanya nak cari kat internet, berniaga pun kat internet, buat kerja pun guna internet... maka perlunya banyak data nak guna. Akak malas nak sign up postpaid, setakat ni akak guna prepaid akak ok je. Itulah motivasi nak cari duit tiap-tiap bulan, duit top up. Hehe Plan yang akak selalu subscribe, RM30 untuk 5Gb yang sah untuk sebulan. Setakat ni alhamdulillah cukup. Atau kalau perlu tambah data, akak guna promosi RM5, dapat 3Gb. Untung! Biaq la Celcom kekalkan promosi ni. Akak pelanggan tegar. Hahaha Dan dengan plan RM30 sebulan tu, dapat: Free Facebook 10Gb Free Basic Internet 10Gb Free Instagram 10Gb Facebook tu selalu guna tak habis pun 10Gb. Basic internet lagilah...

Nak Masak Apa dengan Sotong dalam Tin?

Beberapa hari sudah, jemu dah makan ayam-ikan-daging, teringin nak makan sotong. Nak beli sotong fresh, almaklum harga boleh tahan juga sekilo. Kita beli sotong tin ajelah kali ni. Huhu. Sotong frozen pun ada kat kedai dekat rumah ni tapi lain kalilah. Hehe Bermulalah pencarian sotong tin. Biasa orang recommend brand Rex. Akak cari kat 99 Speedmart takde. Yang ada Ayam Brand. Oklah daripada takde kan. Sotong juga pun ha. 1 tin kecil RM3.99. Akak beli dua tin. Cukup la untuk makan 1 family. Sotong dalam tin ni, dia didatangkan dalam seketul yang besor. Jadinya, lepas dah keluarkan daripada tin tu, kena potong-potong kecil atau besar mana ikut sukalah. Kalau nak masak seketul tu pun boleh tapi susah sikitlah nak makannya karang. Air sotong tu biasanya kicap. Macam kicap cair gitu. Tapi yang Ayam Brand ni, dia ada 2 jenis. Satu kicap, satu lagi apa entah akak tak ingat. Tapi rasanya tak banyak beza sangat kot. Pernah satu masa dok viral sotong tin ni, jadi akak dah pernah cuba buat...

Lauk Kenduri, Antara Catu dan Ambil Suka Hati

Terbaca satu post di FB berkenaan lauk kenduri. Status FB tuan post tu akak kadang kadang follow juga. Ada yang boleh diterima, ada yang kurang. Begitulah setiap orang berbeza pendapat dan pandangan. Isu lauk kenduri ni, tuan ni suarakan rasa kurang senang bila masa datang kenduri, lauk disendukkan oleh pelayan dan kuantitinya dicatu. Seketul sahaja ayam atau daging setiap seorang. Tuan ni rasa macam tak patut sebab tetamu yang datang terpulanglah nak makan berapa banyak, kan ke meraikan tetamu bila dah jemput. Pada dia, dia rasa tak syok sebab seolah tuan rumah rasa tetamu ni gelojoh sangat ke nak makan banyak. Gitulah lebih kurang. Jadi bila baca komen memang macam-macam. Yang sokong ada, yang kurang setuju pun ada. Yang katerer kebanyakannya komen senario sebenar. Ada yang memang tuan rumah minta buat macam tu sebab nak pastikan lauk cukup untuk semua tetamu. Dan ada juga yang mengatakan supaya tak bazir. Kadang jenis yang ambik makanan setimbun tapi tak habis. Betul jugaklah...

SUSHIKA: Susyi Ala Malaysia

Hari tu, adik ipar ada bawak susyi. Tapi lain macam susyinya. Besar. Dan ada susyi sambal pulak. Haha Rupanya versi Malaysia punya susyi. Intinya dimasak dulu. Dan siap dihias memang beria. Setiap satu susyi pulak didatangkan dalam roll yang dah siap dipotong. Senang la nak makan. Yang adik beli, susyi sambal, susyi udang dan susyi sotong. Yang sambal tu dah macam nasi lemak pun ada tinggal tak ada ikan bilis kacang aje. Inti dia sambal, telur dadar, timun. Ni ok, sedap gak cuma sambal dia agak pedas. Susyi udang yang ada oren-oren kat atas tu. Telur ikan kot. Macam ada cheese jugak agaknya. Yang ni tak pedas. Dia ala lemak berkrim yummy gitu ha. Susyi sotong yang ada daun salad terjojol tu. Dia pakai sotong kurita. Marvellous juga rasanya. Ini pun tak pedas. Overall, sedap dan agak puas hati. Sesuai kalau nak buat makan reramai. Sorang kalau nak hadap benda ni memang kekenyangan macam ulor sawe la. Sekeping susyi tu besar gak potongan dia. Actually 2-3 keping pun agak kenyang ...

Ayam Goreng Rangup

Semalam dok belek-belek Gallery gambar dalam telefon ni terlintas imej-imej ayam goreng. Huih lapar jadinya maka akak membuatkan orang lain terliur juga dengan post kat Instagram. Hehe. Satu, ayam goreng berempah kari. Resipi daripada adik ipar yang pandai masak. Sedap, tapi bila akak buat taklah sedap sangat sebab terlebih sangat serbuk kari. Kahkah. Ayam goreng ni siap digoreng garing dengan daun kari mak yang gemok memang ghau-ghau la bau dieeeee. Dua, drumet dan kepak ayam jenama Ayamas. Seketul dua itulah saja drumetnya. Yang banyak kepak. Sudah la kecik-kecik aje sekarang saiznya. Cuma akak tak makan selalu sangat. Masin. Tiga, ayam goreng gambar dari Instagram majalah Rasa. Pehhh tengok ayam camni memang buat meleleh air liur saje. Tengokla dia punya tepung salut kulit luar tu macam rangup krup krap seperti ayam goreng McD. Eh. Empat, resipi rahsia ayam KFC. Katanyalah. Akak lupa dah mana sumber akak ambik ni. Tapi menarik gak nak cuba tengok sama ke tidak khennn. Cuma cel...

My Coffee Prince versi Malaysia

Imej: www.gempak.com Drama Korea, My Coffee Prince ni memang akak dah banyak kali tengok. Husband akak pun layan. Actually dia bukan jenis layan sangat tapi yang ni dia suka. Satu lagi drama Korea tajuk Pasta. Itu aje yang dia follow sampai habis. Ok berbalik kepada MCP, sekarang ni dok tayang di Astro Ria dan Ria HD. Setiap Isnin sampai Khamis pukul 10 malam. Ini versi Malaysia. Jadi yang dah tengok versi asal Korea memang tak boleh tahan nak banding watak-watak yang dibawak oleh pelakon Malaysia. Yang pasti, pada akak pemilihan watak memang kena. Ngam sangat! Si hero Gong Yoo tu dibawak oleh Fattah Amin. Haha boleh la tu. Watak heroin, Janna Nick. Sesuai sesuai. Pada awalnya ramai jugak yang kecam apsal hero tu dibagi ke Fattah, hmm pada akak sesiapa jadi hero pun tetap jugak kena kecam. Dah tentu dia tengah glamer sekarang ni, ingat Micheal Ang takde strategi ke? Hahaha Pada akak, ok aje dia pun. Ok watak lain macam sepupu hero yang pengarah muzik tu, Fahrin Ahmad. Gf lama m...

Kahwin #fattzura

Walaupun dah beberapa hari berlalu sejak Fattah-Fazura kawin, akak tetap jua nak bagi komen. Hehe menumpang bahagia pengantin baru gitu. Akhirnya lepas announce depa bertunang dan bakal nikah dalam waktu terdekat, rupanya memang dekat sungguh. Tuptup nikah dah beberapa hari lepas PC tu je pun. Tapi tengokkan preparation nikah tu, nampak macam memang dah plan dan arrange dengan baik dari awal. Pandai sungguh simpan rahsia. Yang manage majlis pun pandai simpan rahsia. Padahal yang buat baju bukan calang calang, Rizman Ruzaini. Nikah buat di Ritz Carlton. Videographer photographer semua pun bukanlah main tangkap muat gitu jah. Apapun, majlis nikah tu nampak sweet. Baju nikah, mekap Fazura nampak classy and elegant. Simple and sweet. Tapi nanti masa sanding tak taulah kan. Semoga depa bahagia. Walaupun beza umur 7 tahun, tapi apa ada hal ye dok. Fazura nampak muda je. Hahaha Kemain trending la si Fattah, dah la tengah on My Coffee Prince. Glamer betui. Rezeki.