27.11.17

Cuti Sekolah


Akhirnya tiba jua ke penghujung tahun, cuti sekolah panjang yang dirindukan budak sekolah.

Akak? Takdelah beza sangat pun. Anak belum sekolah. Tumpang aura je.

Dulu cuti sekolah macam ni, akak selalu teringin nak pi kem. Apa-apa kem. Kem motivasi ke, kem masuk hutan ke. Tapi ayah bukan minat sangat nak hantar anak pi kem macam tu, maka akak bercuti di rumah saje.

Bagi orang yang kerja, syoklah jalan lengang. Pagi-pagi tak kalut and rushing sangat. Kurang jem.



23.11.17

Fattzura Tunang


Haa. Puas hati kan rakyat Malaysia sekalian pasal status Fattah-Fazura. Ekekeke

Baru bertunang ye u ols. Bakal menikah.

Akak tak tengok pun press conference nye. Kalut kat dapo tadi ha. Update dari adik beradik dengan Fesbuk je.

Apapun doakan baik-baik saja untuk depa dua. Semoga jodoh berpanjangan!

21.11.17

Fattah-Fazura Nikah


Kemain kecoh media hiburan, blog-blog dok update kata Fattzura dah menikah. Siap ada pengakuan daripada abang Fazura yang mengaku jadi wali adik dia menikah.

Wah. Kalau betul, tahniah. Berbahagialah.

Kalau gimik, hmm hampas je. Hahaha

Ok jugaklah Fattah ngan Fazura pun. Kalau dah jodoh. Yedok.

Mari kita tunggu depa punya press conference.

Hari Anugerah Cemerlang


Oh jadinya sekarang ni, Hari Anugerah Cemerlang sekolah, kalau yang tak dapat apa-apa anugerah tak payah pergi sekolah ye?

Maksudnya, murid yang dapat anugerah dan mak bapak dia ajelah ye yang kena hadir? Yang dapat surat jemputan lah kan.

Hmmm.

Kenapa akak rasa agak errr... kenapa tak diraikan dengan seluruh sekolah? Jadinya yang 'tak berapa pandai' ni, nak mai ke tak mai sekolah ikut suka lah ye.

Akak tak tahu rasionalnya dibuat begini jadi akak tak boleh la nak komen. Kot sekolah ada sebab tersendiri.

Cuma masa akak sekolah dulu, seingatnya semua murid mai sekolah. Tapi yang dapat anugerah tu beratur la nak terima. Yang tak dapat, berlegar-legar membuang masa dengan kawan-kawan. Kahkahkah.

Takde pulak cikgu kata, yang tak dapat surat tak payah datang. In fact mak bapak tak dapat surat apa pun rasanya. Anak-anak je yang bagitahu. Ke akak dah hilang ingatan bab ni? Hahahaha.

Murid yang cemerlang diraikan di sekolah dengan cikgu-cikgu dan kawan-kawan aje. Balik rumah tunjuk sijil ataupun hadiah yang dapat. Selalunya buku.

Tak apalah. Mungkin zaman pun dah berubah kan.

19.11.17

Cara Hilangkan Kesan Kain Terbakar pada Seterika



Pengalaman pertama akak nak hilangkan kain terbakar kat seterika, dan berjaya lalu nak dikongsi dengan satu dunia. Padahal petua ambik kat Youtube je. Hahaha!

Takpa takpa takpa. Akak tetap nak kongsi demi kesenangan orang yang memerlukan. Gitu.

Kisahnya, akak iron baju cik abang dengan lapik alas kain pelekat je kat bawah. Bawah tu karpet. Tadi masa nak simpan iron, boleh la iron tu tertempek atas karpet, maka dengan panas-panas lagi tu, setepek la karpet kat seluruh permukaan iron gi tu ha. Panik jugak akak sebentar. Cemana ni?

Lantas akak google. Banyak je petua! Hahahaha

Akak guna kaedah paling senang.

Bahan yang perlu:

Seterika yang kotor tadi
Garam kasar segenggam tangan masing-masing
Surat khabar

Cara:

1. On kan seterika. Medium heat dah la.
2. Bentangkan surat khabar atas ironing board. Kalau nak buat atas lantai, alas kain dulu baru letak surat khabar.
3. Taburkan garam kasar. Perhatian, guna garam kasar tau sebab lebih mudah nak tanggalkan kotoran tu. Agak-agaklah kuantitinya.
4. Lepas tu, gosok seterika atas garam tadi. Nanti akan tanggal keping-keping kain terbakar yang melekat kat seterika tu.
5. Gosok sampai semua kotoran tanggal. Seminit je cerah balik dah seterika. Yayyyyy!

Senang kan?

Selamat mencuba tau.


6.11.17

Pray for Penang


Terkejut dapat berita Penang banjir. Kat kampung akak pulak tu. Tak pernahnya kampung akak tu naik ayaq. Ni kira bencana terburuk dalam tempoh 27 tahun ka depa kata. Memang teruk betui. Kat pulau ngan seberang sama ja teruk. Habih pokok tercabut, feri buleh tersadai, kereta motor habih tenggelam, tanah runtuh. Sampai kerajaan Penang kena mintak tolong askar la mai bantu.


Katanya hujan lebat non stop for few hours. Lepas tu masalah perparitan lagi. Mana la tak banjir.

Rumah sedara mara akak kira banyak gak lah yang affected. Kesian depa.

Nak kemas balik, bersihkan rumah lepas banjir bukan senang oo. Harap pakat bertabah. Dugaan hujung tahun.

Baca lagi tentang banjir besar Pulau Pinang di SINI.

4.11.17

Tak Sempurna Tak Apa


Ada orang perlukan pertolongan tapi tak suka ditolong sebab tak sempurna seperti yang dilakukan sendiri.

Ada orang tak mampu nak buat sesuatu tapi rasa dia mampu kesudahannya penat sendiri lepas tu mengungkit kerja yang dibuat.

Ada orang yang tak perlu pun buat sesuatu kerja tu tapi masih tetap buat dan tak sub pun kerja tu pada orang yang sepatutnya. Dan dia terus-terusan buat sambil merungut. Orang yang sepatutnya take over kerja tu tak tahu pun yang dia sepatutnya uruskan sendiri kerja tu.

Ada pulak orang yang tak yakin dengan kerja atau bantuan orang lain. Yang ini, hang penat atau hang merungut, orang tak tau nak komen. Orang nak tolong, tak bagi. Dah tolong, tak kena pula.

Begitulah. Kadang-kadang ada orang ada masalah. Tapi dia tak sedar dia bermasalah. Dia anggap tu bukan masalah tapi pada orang lain, ya.

Terlalu mahu kesempurnaan, atau langsung tak hairan nak sempurna walaupun sebahagian pun masalah juga.

Berdepan individu begini, banyaklah bertabah dan bersabar.

Memang hati tercalar, terbakar, berasap menjulang tapi sebesar mana pun kita padamkan sahajalah dengan air tenang walau berkolah-kolah.

Jika membalas, jika melawan. Kita tak ubah sama sepertinya. Lawan arus. Doakan kebaikannya. Kasihani dia. Semoga Allah kasihani kita juga.

3.11.17

Peperiksaan PTD 2017


Alhamdulillah. Untuk kesekian kali yang akak sendiri kurang pasti, akak ambik lagi exam PTD.

Tak tau PTD tu apa? Eh kome kalau yang pernah apply keje gomen mesti tahu kerjaya pilihan budak fresh grad. Huhu. Kerjaya idaman la katanyaaaa.

Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41.

Kira post gomen paling 'hebat' la ni. Hebat bukan apa, sebab nak dapat lepas semua tahap sampai confirm jadi PTD bukan senang. Dan bila dah bergelar PTD pun, bukan calang-calang kerja. Pembuat dasar gitu ha.

Baiklah kembali kepada exam PTD, mungkin ini kali yang ke 7 atau 8 akak ambik. Ye memang banyak kali sejak akak grad.

First masa betul-betul lepas grad. Excited gila masa tu. Masa tu exam kat dewan sekolah. Kebetulan kat sekolah lama akak. Pi exam pun pakai baju kurung baq hang. Masa tu pagi petang exam nya. Pagi soalan pasal kerajaan, daya penyelesaian masalah. Petang kena jawab esei BM dan BI. Exam gomen zaman dulu-dulu. It was circa 2006-2007.

Ya rabbi dah almost 10 years!

Alhamdulillah akak lulus exam kali pertama tu. Excited wei. Dapat panggilan untuk ujian lasak entah apa namanya masa tu, yang sekarang dipanggil UKJK. Ujian Kelayakan Jasmani dan Kesihatan gitu lah kot lupa dah. Tapi akak tak pegi, masa tu akak dapat kat INTURA - Intan Wilayah Utara. Tak pegi sebab attend kenduri kawen abang akak yang sebelah akak ipar kat Kelantan.

Sodih jugak la sebab bukan senang nak dapat kan. Tapi tak mengapalah, akak percaya ada rezeki lain.

Lepas tu, bermulalah siri ambik exam tak sudah-sudah yang mana semuanya berakhir kecewa. Exam lepas tu semua tak lulus. Haha. Givap pun ada jugak. Ada juga yang akak tak ambik pun. Cuma yang paling ingat exam sekitar 2015 masa tu tengah pregnant anak nombor 2. Waktu tu gomen baru lancarkan exam online. Akak kira batch kedua yang sit for online exam lepas batch pertama exam Pegawai Kastam. Waktu tu ramai nak pakai sebab nak laksana GST. So calon-calon yang dah buat exam Kastam dah biasa la.

Tapi tahun tu, gomen buat taklimat di Putrajaya untuk brief pasal exam online ni. Akak pegi. Peh. Lain macam betul aura bangunan kerajaan. Hahaha. Dah la masa tu ada juga calon yang hadir interview PTD kat bangunan sebelah. Terasa benau akak macam kecikkkk je banding depa yang nak pi interview tu. Kahkahkah

Maka waktu tu akak sit for exam kat cyber cafe. Mujur internet laju kat cc tu. Ada jugak yang lain sit for the same exam dalam cc tu. Akak cool je. Yang akak tahu, akak jawab. Yang akak tak tahu aku tembak. Haha. Yang penting konfiden. Masa tu ada juga wawasan nak jadi PTD. Kot kot ada rezeki anak tapi lepas keluar result, dukacita dimaklumkan. Hahahaha. Ater dah akak pi jawab soalan pertama,

Apakah portal kerajaan Malaysia?
Akak jawab Myeg. Hahahahahah

Sapa nak ambik kerja gomen oi!

Maka kali ni akak check siap siap sebelum exam. Tapi sekali tak keluar pun soalan tu dah.

Ok berbalik kepada exam PTD 2017 ni, beza dengan yang akak ambik masa 2015 dulu. Kali ni, soalan bahagian A memang biasalah pasal dasar kerajaan. Kalau baca paper dan follow PM at least mesti tau nak jawab atau tembak jawapan. Hehehe. Part 2, daya selesai masalah - soalan Matematik.

Kebarangkalian. Luas objek. Jarak perjalanan. Pecutan. Apakah nilai y, x. Integer. Makna kata kena ingat la Math Mod tu.

Akak? Ke lauttt dek. Mujur hasben akak ada bagi hint rumus. Hahaha. Exam open book, boleh la.

Maka selesailah tadi 1 jam 40 minit jawab 2 bahagian. Mujur la wifi rumah ok. Akak risau gak kot sangkut ke loading ke kan. Alhamdulillah lancar. Lain betul jawab exam ni. 5 minit sebelum exam, menyusu anak dulu. Selang antara 2 part tu ada gap 15 minit sempat lagi menyapu dan kemas mainan anak. Elok habis exam, baby dah liang lentok nak tidur.

Apapun tunggu ajalah apa result pun. Lulus ke tak lulus ke. Kita usaha aje kan.

Kalau lulus, cabaran seterusnya dijangka bermula Januari 2018.