24.6.17

Done Sahur, Balik Kampung!

Teks: Zaila Hafni
Video: Youtube

#donesahur

Nak jugaklah kan hashtag begitu. Terpengaruh dengan status FB orang. Haha

Apapun alhamdulillah diberi peluang merasa sebulan berpuasa tahun ini. Ramadan kali ni memang betul-betul beza banding tahun-tahun lepas. Yang seronok, kurang seronok semua ada. Yang pasti, Ramadan ni akan jadi kenangan yang paling diingati.

Tadi akak sahoq nasi, kuah tomyam lebih semalam, sambal tempe kentang pun lebih semalam, telur masin sebelah, telur dadar sebijik. Semoga cukup tenaga nak mengemas beg dan tak mengantuk!

Kali ni walaupun rumah dah makin dekat ngan kampung mentua tapi tetap jugaklah nak stres kemas beg. Kahkah dah kenapa khen. Padahal bukan nak balik lama mana sangat pun. Tapi nak buat keputusan bawak balik baju sekiansekian ni memang buat serabut kepala la haih. Matching ke tak, sedondon ke tak. Walaupun akak takdelah nak berkonsep sangat pun.

Ahhh. Balun ajelah. Ni banyak lagi kerja bersusun ni weiiii. Translation, writing. Hadowwww

Nak siap makanan baby lagi. Ahhh.

Ok sabo. Subuh dulu weh.

Yang nak balik kampung, nah akak dedicate khas lagu ni untuk hampa. Enjoi!








Nota Syukur 17: Ihsan

Teks: Zaila Hafni
Imej: Google

Kita ni hidup bukanlah sepanjang masa tu senang dan di atas memanjang. Ada ketika Allah uji juga.

Masa tulah baru kita tahu setakat mana tahap kesabaran kita, tahap kekuatan dan ketenangan kita.

Mahal oo pengalaman ujian. Hikmah yang Allah nak tunjuk kadang tu tak pernah kita bayangkan. Apapun tetaplah kena husnuzhon atau bersangka baik pada Allah. Setiap yang dia uji dan bagi, mestilah ada sebabnya.

Sama ada nak hapus dosa, atau nak bagi peringatan atau nak kita tak terus terusan dengan perkara yang Dia murka - itu semua bukan dalam bidang pemikiran kita.

Yang kita perlu buat, positif dan tabah menerima.

There are things we learnt the hard way. Even though its tough, we feel that we couldn't make it, but Allah knows well. Very well.

And all those help, consideration and ihsan from others are also rezeki, which taught you to be more grateful that there are still hope for you to move on.

--

Maaf ler akak ter-emo. Nak raya ni, feeling lain macam sikit. Apa pun selamat berpuasa hari terakhir semua!


21.6.17

Kacang Pool Anak Haji



Kacang pool ni memanglah femes tapi akak baru pernah makan sekali je sepanjang hidup akak ni. Itupun sebab hasben bawak pi makan kat Restoran Bisik-bisik yang ada juai makanan asli Johor (entri review boleh baca kat sini). Kalau dak, memang sampai sudah akak tak pernah tau cemana rasa kacang pool ni.

Nak jadi kisah ada satu hari tu buntu nak berbuka apa. Tengok ada setin Foul Medammas (eh betui ka eja ni) aka kacang parang kat almari dapuq. Lamaaaa dah beli sebab kengkonon nak buat sendirila sebab hasben teringin. Tapi tak terbuat sampai lah berapa Ramadan hari tu entah.

Lantas akak gugel resipi tanpa bagitau plan kat hasben. Satgi dia expect tinggi. Haha so kita research dulu.

Akak gugel resipi yang paling simple. Sebab nak guna apa yang ada kat dapuq saja. Terjumpalah satu resipi. Tak banyak bahan, balun sajalah nampak senang.

Ikutkan resipi dia, guna serbuk jintan putih, jintan manis dan ketumbar. Yang akak ni takde semua tu. Ah sudah mana nak cekau. Hasben kata, guna ajelah serbuk rempah sup, bukan ke macam-macam serbuk rempah ada dalam tu. Okey masa ni hasben dah dibagitahu yang akak nak buat kacang pool. Hehe beliau tersenyum saja dengan tahap keyakinan 60%.

Berbalik kepada bahan, akak teruskan je guna serbuk rempah sup. Biorlah kan kita cuba tengok apa rasanya. Sudahnya, jadi resipi sendiri dah. Hahaha

Macamana akak buat?



Kacang parang tu diasingkan air dengan kacang. Kacang tu lenyek kasar.

Hiris bawang besar dan bawang putih. Tumis dalam minyak masak campur marjerin sikit. Agak-agak dah naik bau, masukkan rempah sup dan rempah kari yang dibancuh sedikit air. Rempah-rempah ni guna sikit je. Kacau kejap. Lepas tu masukkan kacang parang lenyek tadi. Gaul sebati. Biarkan api kecik je. Agak pekat dan kering sangat, boh air sikit. Jangan banyak sangat nanti tak sedap. Lepas tu tutuplah api. Senang kan. Haaa

Masa nak hidang, bakar la roti tu. Hiris serong nipis-nipis cili hijau, bawang besar potong dadu kecik. Goreng telur mata, ikut suka berapa bijik. Kuning telur biar cair baru sodap. Nak perah limau pun ok. Akak terlupa. Lagipun hasben tak suka.

Then, ta da! Silalah makan!

Bolehlah bagi lepas teringin. Walaupun taklah hebat mana tapi boleh laaaaa. Versi koboi. Biasalah konsep makanan akak semua koboi belaka. Haha janji kenyang alhamdulillah.

Nak cuba, boleh. Tapi kalau tak jadi, jangan mara haaaaa...



20.6.17

Rezeki Kurus

Teks: Zaila Hafni
Imej: OwlbyND

"Kurusnya kak!" -- komen adik ipar setelah 2 bulan tak jumpa.

"Kak Zaila! Awat kurus sangat ni?" -- komen kawan sekerja lama masa jumpa hantar kuih raya.

"Mak tengok Zaila susut badan ni, mesti muat pakai baju mak" -- komen mak mentua di bulan Romadon ini.

Orang komen kurus memang paling ditunggu yedak? Akak sebenaqnya tak perasan dan tak ambik pot pun badan akak naik ka turun sepanjang Remdan ni. Puasa tetap terus macam besa saja. Soq totap jua nasik tapi taklah hari-hari. Nak banding ada satu tahun tu, pehhhh hari-hari overnight oat baq hang. Tahun ni macam tak lalu oat pulak. Kah!

Alhamdulillah orang kata kurus. Rezeki jugak tu weh.

Asbab itu, dapat lima nam lai baju kurung bonus satu tudung Pucci - ihsan mak mentua.


Tudung pucci akak ala-ala gini lah. Nak jugakkkkkkk khennn.

Semalam, bersusun baju-baju mak mentua yang beliau dah tak muat nak pakai, diperturunkan kat menantu kurus ini. Cantik-cantik, elok-elok semua. Kalau tak bagi kat akak pun, mak nak buang je. Oh no!

Maka dengan itu, diisytiharkan akak ada banyak baju raya kihkihkih

Rezeki, rezeki. Alhamdulillah.


19.6.17

5 Lagu Raya Kegemaran Akak

Teks: Zaila Hafni
Video: Youtube

Lagu raya dah sakan berkumandang nampaknya di radio. Yelah dah nak dekat raya sangat dah kan. Tapi banyak-banyak lagu raya, adalah 5 lagu ni yang akak suka dan boleh dengaq tanpa kejemuan. Yang pasti bukan lagu hok sedih walaupun tetiap kali raya pun akak sedih. Haha. Kenapa? Kenapa? Alaaa len kali la akak cerita. La ni kita tengok dulu lagu raya apa yang akak suka. Kot sama macam hampa kan.

1. Salam Dunia - M. Nasir



2. Halaman Asmara - Awie & Ziana Zain



3. Kurniaan Hari Raya - Feminin



4. Rindu Raya - Spider



5. Satu Pagi di Hari Raya - Raihan



Bonus --



Lagu raya Eon. Haha! Epik wei Jamal Abdillah ngan Raja Ema. Simple je iklan raya dolu-dolu.

Actually ada lagi lagu raya kegemaran akak. Tapi 5 ni la hak paling suka. U ols cemana? Dendang Perantau ke? :-D

15.6.17

Animasi Kanak-kanak Terbaru - Omar dan Hana

Teks: Zaila Hafni
Video: Youtube

Sejak Omar dan Hana ni release few videos, rancaklah akak download sebagai tatapan dan hiburan kanak-kanak ribena di rumah ni.

So far, menghiburkan. Anak-anak pun suka.

Konsep lagu macam Didi and Friends since company yang sama jugak develop Omar dan Hana ni.

Animasi ni lebih islamik dan kartun dia pun chomel ngatttt!

Oklah tak mau cakap banyak. Tengok video ni. Kalau suka, cer bagi anak tengok. Hehe

Alhamdulillah!


Nota Syukur 16: Nasi Arab


Dah lama orang tak tanya pasal nasi arab, tup tup petang tadi ada yang Whatsapp nak order.

Akak pun dah lama tak update pasal nasi arab, sebab dah kurang aktif. Agaknya yang bertanya ni adalah tu terskrol atau terjumpa post lama kat IG atau blog akak kot.

Dukacita dimaklumkan padanya yang nasi mandy habih stok. Yang ada maqluba saja.

Well orang yang tak biasa, memang tak beli maqluba ni. Paling laku, mandy ayam ngan mandy kambing. Tapi akak, memang layan maqluba. Akak suka. Kabsah pun sedap. Mandy ayam yang akak kurang minat. Haha terbalik pulok kan.

Oh ni nasik arab jenama Al Bayt. Selama ni pun akak jual jenama ni je. La ni kemain banyak pilihan. Pakat jual belaka tapi tetaplah yang ni juga yang sodap. Hehe

Akak if ada modal sikit memang nak jadi ejen tapi nampaknya belum lagilah buat masa ni. Akak jadi ejen dropship aje. Kawan akak yang uruskan. Tengoklah kalau murah rezeki tahun akan datang, akak aktif balik juai nasi arab ni.

Oklah. Hampa kalau teringin, boleh je tanya akak. Kalau ada rezeki hampa, adalah stok nye. If not kena la belajaq buat sendiri...

Syukur, melalui nasi arab ni akak kenal banyak orang. Banyak ilmu meniaga akak dapat. Juga ilmu memasak. Hehe

Rindu dan teringin nasi arab pulok haiiiiih

12.6.17

Macam-macam Boleh Buat dengan Kulit Popia



Akak teringin nak makan popia. Tak beli pun takpa, nak buat sendiri je walaupun inti simple. Maka hari tu, hasben ada lah belikan.

Kulit popia KG Pastry, 50 keping.

Menu pertama akak buat, dah tentulah popia. Yang macam akak share hari tu. Popia koboi je tu yang inti udang ngan carrot tu. Pun bolehhhh je.

Then kulit popia banyak lagi ni dek non. Maka akak cuba buat martabak pulak. Eceh. Macam haibat kan padahal sama je martabak pun koboi juge. Tumis bawang besar dadu, daging burger hancur, masukkan sikit serbuk kari. Pecahkan telur, gaul semuanya dalam satu bekas. Lepas tu masak macam telur dadar. Akak buat saiz kecik muat-muat kulit popia je. Dah angkat, letak atas kulit popia sekeping, bungkuskan. Lepas tu goreng lagi sekali cuma nak bagi kulit popia rangup. Ta da! Siap martabak koboi dan ekspres. Kikiki

Masih ada lagi kulit popia. Buat apa pulak?

Samosa. Pun sama la konsep koboi masih dikekalkan. Inti daging ayam cincang, tumis dengan bawang putih dan serbuk kari. Belajaq lipat samosa 10 minit search kat FB. Senang ja rupanya. Bungkus bungkus samosa, dapat la 7-8 keping. Jadilah... sebab inti pun tak banyak. 2 keping samosa kosong. Dah macam kerepek dah.


Haa sila jangan kutuk rupa paras samosa akak. Homemade with love tauuuu! Laju je anak-anak makan. Hehe

Apa lagi yang kita boleh buat dengan kulit popia?

Kulit popia goreng rangup. Kulit popia digulung, dipotong kecik saiz ibu jari tangan, goreng. Lepas tu tabur dengan cinnamon powder. Pehhh sedap wei!

Potong panjang, goreng macam kerepek. Ralit oo.

Kalau rajin, buat kerepek seaweed. Sedap gak ni. Apitkan kepingan kulit popia dengan sekeping seaweed. Potong segi empat. Gorenggggg.

Lagi apa ek. Entah. Silalah u ols google. Kehkeh

Akak mengantok sudah.

Tidolah. Esok nak sahur.

9.6.17

Popia Koboi, Telur Kicap



Ada hari kitorang berbuka, lauk ekonomi je. Itu punnnn sedap dan habih licin!

Dengan anak kecik ni, kadang akak taklah beria sangat masak pun. Hasben pun kata masak hok simple je. Melainkan ada apa-apa menu dia request atau anak ok tak meragam, boleh la akak masak spesel sikit. Anak, abah jaga. Hehe

Bulan puasa ni, memang telan liur juga nengok popia. Memang feveret akak. Buat sendiri tapi memang ringkas habih. Setengah jam siap.

Cincang udang, parut karot. Udang tu celur kejap sebelum cincang. Karot tu mentah je. Gaul dua-dua, letak salt and black pepper sikit to taste, sudukan ke atas kulit popia. Lepas tu, gulung lah. Dah tu goreng. Walaupun ada rupa hangit tapi laku dan laju anak-anak makan sampai suruh stop. Ummi pun nak makan bukak posa nak oiii.



Yang telur kicap tu, biasa jelah kan. Kadang bulan puasa ni, itu pun makan bertambah. Teringin tengok Ketuk-Ketuk Ramadan Sheila Rusly dengan Joey, ntah yang tahun bila ntah, si Joey masak Ayam Kicap. Haha terliur tapi ayam takde. Tu yang ganti telur. Pun bolehhhhh!

Goreng telur mata. Ketepikan. Tumis bawang putih, masukkan kicap, sos cili, sos tomato, sos tiram serba sikit. Boh air sikittttt aje just tak nak bagi kuah tu kering sangat. Lepas tu masukkan cili hijau hiris. Settle.



Tu menu last week. Nak gak share bagi ingat pernah buat popia koboi tu. Haha.

Hari ni masak tomyam ayam sebab anak bujang request. Telur dadar bawang cili hijau, leher ayam goreng garing hasben request, cili kicap. Ulam daun salad, timun Jepun.

Air, hasben tukang buat sebab dia buat air sedap. Jadi kita bagi laluan kat dia. Hiiii

Oklah selamat berbuka! Dah 15 Ramadan dah wehhhh.



7.6.17

Nota Syukur 15: Al Wahhab

Teks: Zaila Hafni
Imej: Google

Alhamdulillah sahur pagi ini makan nasik dengan lauk ayam sambal hijau. Hmm lebih lauk semalam masa berbuka. Kadang ada hari sahur teringin nasik. Baru rasa puas. Haha

Hasben makan roti dengan kurma saja. Dia takde la selera sangat nak sahur beria macam akak. Teman tengok akak makan pun jadilah.

Bila masak untuk berbuka, bersahur -- selalu terfikir syukur ada makanan untuk hari ini. Syukur masih ada benda yang boleh dimasak. Syukur masih boleh sedia makanan untuk anak-anak walaupun kadang tu tak cukup bahan, tak complete dan tak cukup rasanya.

Mujur anak tak kisah sangat. Makan apa ada. Kalau depa komplen pun, memang mendapat la tazkirah Romadon daripada ummi depa.



Sesekali memang ada gak rasa nak kerja balik, ada pendapatan tetap tetiap bulan, tapi selagi bebudak ni bergelar budak kecik dan belum boleh berdikari, rasanya akak tengah tangguh la hasrat tu. Apa yang akak boleh buat, kena work lebih la dari rumah.

Biarpun tak banyak, tapi alhamdulillah boleh la buat back up.

Alhamdulillah diberi kemahiran menulis walaupun belum pandai. Tulis saja. Lama-lama mesti pandai kan. Syukur ada pengalaman jadi editor, masih boleh bekerja walaupun dari rumah.

Takpelah susah sikit sekarang, dah begitu tertulisnya. Yang penting apa yang kita dapat belajar dan ambik iktibar. Lama-lama senanglah. Mudah-mudahan begitulah.


6.6.17

Cucur Taugeh dan Ikan Celup Tepung



Semalam agak kalut prepare juadah iftor. Dalam kelam kelibut tu pun alhamdulillah buleh lagi dan siap.

Hasben beli taugeh. Niatnya mahu buat kerabu taugeh tapi tak cukup bahan. Nak buat taugeh goreng kicap hasben akak takmo. Nak buat masak lemak kucai, baru buat hari tu dan santan pon tak ada. Haha. Makanya, dengan tepung yang sekangkang kera itu, akak buat cucur taugeh. Balun!



Lepas tu ada ikan temenung. Konon nak goreng curah sambal tomyam. Pehh kemahen khennnn. Tapi last last buat celup tepung saja. Bancuh tepung, boh garam kunyit, celup ikan, goreng garing. Baki bancuhan tepung tu la buat cucur taugeh. Kahkah. Barula cucur ada perisa ikan. Ngeeeeee



Sambal tomyam tak jadi, akak ganti dengan tomyam sayur. Rebus carrot, tomato, bawang besar. Bubuh 2 kiub tomyam. Masuk daun limau purut.

Sedappppp anak bujang kata. Tomyam bajet pun boleyyy.

Alhamdulillah kenyang perut suka hati juga perut masing-masing. Kadang tu bukanlah menu lengkap atau sempurna pun. Tapi syukur masih ada makanan. Masih boleh berbuka sama-sama sekeluarga.

Hari ni, hajat di hati mau buat nasik minyak dengan ayam masak ros. Berulamkan daun salad dan timun. Mudah-mudahan tercapai lah. Kita tengok macamana perginya nanti.

Penawar Sakit Tekak Semasa Berpuasa



Sakit tekak memang tragedi la kalau tengah puasa. Tekak kering, pedih, perit -- nak minum air tak boleh.

Minggu lepas, adalah juga 3-4 hari tekak akak kering. Kalau baru lepas menyusu tu, lagilah terasa. Dehydrate betui.

Tu lah bahananya bila malam tu minum air tak cukup.

Patut sepanjang malam tu kena minum kerap. Baru badan cukup terhidrat. Ni nak pulun minum bergelen masa sahur, mana maunya. Kembung perut ada la.

Apa yang akak buat kalau sakit tekak?

Ok, akak ni kategori sakit tekak yang ala tonsil bengkak selalunya. Memang perit wei! Penawar paling mujarab untuk akak setakat ni, BAWANG PUTIH.

Bakar bawang putih dalam 2 ulas, telan sebelum tidur. Cuba la amalkan dalam 4-5 hari. Insya Allah sakit tekak akan kurang.

Tak sanggup nak telan bawang putih gitu? Haaaa akak pun memula dulu tak sanggop juga tapi dah itu yang sesuai dengan akak dan untuk akak memang serasi. Bukan apa, sebelum ni cuba berduyun dah ubat klinik. Ubat kumur la, ubat batuk la, antibiotik la semua tak jalan. Dah habis ubat, sakit tekak berkurang kejap saja lepas tu next month datang balik.

Sejak guna bawang putih ni, alhamdulillah. Betul la kan, bawang putih ni katanya antibiotik semula jadi.

Cuma tulah, berbalik kepada yang nak mencuba tapi tak sanggup telan bawang putih bakar?

Makan jelah tablet bawang putih. Senang. Telan aje, lepas tu minum air. Dulu-dulu akak ambik tablet Garlic Complex Shaklee. Dah habis yang tu, sekarang ni akak makan Makjun Bawang Putih Afiat.




Makjun tu ada dalam set bersalin yang guna masa pantang hari tu. Ok jugalah.

Apapun, yang paling penting kena minum air. Sepanjang malam tu kena minum. Lepas solat, sebelum tido. Baru la badan tak dehydrate. Haaa.


4.6.17

Nota Syukur 15: Adik Beradik



Adik beradik akak 3 orang sahaja. Kami asalnya 5, kemudian 4 dan kini hanya 3.

Namun, Allah izinkan keluarga kami berkembang, kini bila kami 3 beradik berkumpul bersama, dengan pasangan dan anak-anak, jumlahnya 14. Alhamdulillah.

Semalam berpeluang buka puasa sama-sama. Seronok. Akak jadi tuan rumah. Menu nasi ayam hari ni. Alhamdulillah menjadi. Hehe ghisau jugak hampa. Sebab selama ni tak pernah berjaya buat nasik ayam. Tapi kali ni bos kata sedap. Hihi



Pakat bawak juadah masing-masing, bila dah susun penuh meja.

Roti john, tepung pelita, onde-onde, kerabu perut, kerabu rumpai laut, vade, akok, masak lemak siput sedut, air jagung, air sirap, teh o panas.

Syukur rezeki melimpah hari ni.

Semoga semua adik beradik akak dan akak sekeluarga dilimpahi rahmat dan kasih sayang, dilindungi Allah selalu dan sentiasa saling menjaga. Kami ni mak ayah dah tak ada. Sama-sama bergantung la antara satu sama lain. Mudah-mudahan juga kami kekal bersama-sama sampai habih nyawa.

Salam Ramadan ke-9!

3.6.17

Nota Syukur 14: Handphone

Teks: Zaila Hafni
Imej: The Sun

Handphone nostalgia. Gambar hiasan je. Hehe



Handphone yang akak tengah guna sekarang ni dah masuk 4 tahun kot umur dia. Alhamdulillah sangat berjasa dan banyak bantu akak mencari rezeki.

Keje akak sebagai pemilik kedai buku online, memang banyak bergantung kepada handphone untuk promote dan urus order. Keje akak sebagai freelancer pun sama jugak. Akak menulis guna handphone juga. Ambik gambo, elok ke huduh ke semua guna handphone tu lah.

Untuk edit gambo or buat poster guna apps PicsArt dengan Photo Grid. Untuk menulis, install apps Google Keep, Words for Android. Invest untuk SD card yang besor storage nye.

Walaupun kecik tapi banyak sangat membantu. Semoga dipanjangkan umurnya untuk terus berkhidmat untuk akak.

Ehhh tetiba sentimental dengan handphone sendiri. Akak dah kenapaaaaa?


2.6.17

Menu Berbuka Ringkas



Alhamdulillah dah 7 hari berpuasa dah. Maka sudah 7 hari jugak kita dalam bulan Ramadan. Akak sekeluarga pun alhamdulillah ok je puasa ni. Kami berkonsep sederhana saja. Mana yang ada.

Berbuka so far, memang tak banyak menu. Selalu terus makanan berat je. Kuih takde sangat. Kiranya bila azan tu, berbuka buah kurma, minum air, terus makan.

Setakat ni tak ke pasar Ramadan lagi pun. Memang masak je kat rumah. Masak yang simple je pun.

Kadang-kadang share menu berbuka dengan BFF. Saja buat tambah idea dan share resipi.

Hampa pakat masak apa?

Ni menu akak setakat berpuasa 6 hari ni.

 Sawi goreng ikan malong kering, sambal cili padi tumis, kari drumet ayam

Mi goreng 

Roti tampal udang

Sambal tempe, masak lemak taugeh kucai, ikan sardin goreng, sambal taun

 Bubur nasi berempah

Mi kuah udang bajet

Hari ni tak tau lagi masak apa. Satgi pikiaq. 

Selamat berbuka no hampa hari ni hihi.

1.6.17

Nota Syukur 13: Poslaju

Teks: Zaila Hafni
Imej: Google

Syukur, sebab ofis Poslaju dekat. Dua hari lepas, buat pertama kalinya ke ofis Poslaju untuk kurierkan pruf. Macam dah lama je tak pos-pos barang kan. Maklumlah sekarang ni jadi ejen dropship je, takde dah nak kena pi pos barang sendiri.

Merasalah beratur di belakang mereka yang berkoyan parcel nak dipos siap penuh beg IKEA lagi. Yang envelope prabayar, hmm saiz M dan L tu dah sold out. Biasalah time puasa raya ni.

Nengokkan seller online ni, rasanya akak memang tak sanggup kot nak bungkus, ngangkut barang dan pos macam ni. Not now lah. Akak selesa jadi ejen dropship je sekarang.

Akak promote, urus order, terima bayaran, kumpul komisen. Akak tak payah nak semak kepala simpan stok, tulis consignment note, bungkus barang dan dok ulang alik poslaju. Huhu. At least at this moment akak memang tak sanggup la.

Apapun tahniah kat staf poslaju tadi. Tenang je layan each customer walaupun dengan macam-macam kerenah. Dengan tak berenti orang datang beratur lagi. Huhu bertabahlah akak abang poslaju.

Oh dan tadi, akak syukur jumpa salah sorang customer yang sedang beratur yang dah bantu akak. Akak tanya dia, nak beli sampul beratur kat sini ke (merujuk ke kaunter yang dia tengah beratur tu). Dia kata ya. Ada 2 kaunter. Mana-mana pun boleh. Tapi nasihat dia, ambikla dulu itu note kasi tulis baru u beratur. Nanti senang, tinggal nak masuk barang dalam sampul saja.

Wah. Biarpun pertolongan tu macam kecik tapi akak rasa syukur sangat.

Dan sekarang ni takde nak jual sampul sekeping nyr untuk ko. Kena sekali beli 10 keping terus. Rm4.25 tak silap. Jadi kalau pi ofis poslaju tu siap duit lebih sikit.

Apapun, majulah Poslaju untuk negara. Tanpa mereka, tak meriah la online shopping. Kahkah




Nota Syukur 12: Ayah


Imej: Pinterest

Bulan puasa ni banyak gak teringat kat arwah ayah. Sekarang ni hidup dengan kenangan dia sajalah. Syukur. Ada juga kenangan yang tinggal walau tak banyak mana.

Ayah akak, orangnya simple saja. Tapi sangat pegang pada prinsip.

Lepas arwah mak tak ada, kami puasa raya ringkas sahaja. Tapi alhamdulillah tetap cukup. Bersahur biasa saja, apa yang ada. Nasi lah biasanya.

Berbuka, seingatnya akan ada teh O panas. Kurma. Murtabak. Nasi, tengok la lauk apa-apa.

Bila raya, ayah order ketupat kat mak njang. Kuih sepit kat mak ndak. Kadang kuih-kuih sedara bagi. Baju raya, pi la beli yang dah siap kat kedai. Akak memang jarang tempah. Mujur saiz jenis senang dapat.

Terawih ayah, mudah. Kadang dia Isyak kat rumah je. Pegi masjid bila dah separuh terawih. Takde dia nak rushing. He moved on his own pace. Steady. Tapi tetap hari-hari pegi insya Allah. Tu masa dia sihat.

Bila tak berapa sihat, kadang tu dia suka dengar live terawih dari Masjidil Haram. Dia biar je terpasang kat tv. Sedap tenang damai dengar terawih dari sana.

Di tahun-tahun akhir sebelum ayah meninggal, dia pernah cuba puasa dari Rejab hingga ke Syaaban. Sebab dia diabetic, dia cuba praktis dari awal. Masuk Ramadan dia dah steady. Alhamdulillah sihat dia puasa tahun tu. Kita pun belum tentu. Lagi dok pulun makan ada. Buat malu saja.

Satu lagi kenangan Raya, aktiviti ziarah kami memang agak full hari pertama. Kedua ketiga dah kurang sikit. Kalau dulu, lepas je solat raya, start lah tour. Semua adik beradik ayah akan ziarah. Itu dulu. Lepas tu baru kawan-kawan, sepupu ke apa ke. Seronok. Masa tulah kita kenal adik beradik. Tapi ni, dah takde sapa kecuali Paksu. Dua mak sedara dah dijemput Allah tahun ni. Tinggal sepupu sepapat sajalah.

Rindunya kat ayah. Rindu nak sembang dengan dia. Nak sembang topik apa pun boleh. Dia serba serbi boleh bagi pandangan. Orang banyak baca, bijak. Hang jangan nak kelentong dia noh. Dia tau belaka.



Cukuplah kot setakat tu. Sama macam mak, bab ayah ni pun bukan boleh cerita lebih sangat. Oklah. Nak basuh baju sat.