Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

Penawar Ekzema Baby

Minggu lepas, habis badan baby keluar biji-biji kasar. Tapi tak merah. Jadi tak tahulah dia gatal atau tak. So far tak nampak dia tergaru-garu. Ke saya yang tak perasan. Huhu Naik biji-biji kasar tu kat lengan, lutut, peha, perut, dagu ngan sebahagian pipi. Aduhai kesian kulit dia jadi macam tu. Sementara nak ke klinik, memang appointment KK nak cucuk 3 bulan, jadi 2 hari sebelum tu ikhtiar sapu krim Herbal Blend. Sapu nipis ajelah. Kulit kurang kasar tapi biji-biji tu tak hilang. Maka, masa pi KK tu jumpa dokter dan katanya ni macam ekzema. Errkkkk. Sudah. Sebab check up kat KK tapi macam KD,  diorang takde farmasi kat situ so kena pi KK lain untuk ambik ubat. Dokter ada bagi prescription untuk ambik ubat kat sana. Tapinya nak pegi bila... husband keja. So terperap la prescription tu. Kitorang consult kat gp untuk masalah tu for second opinion. Pegi Klinik Sofia. Klinik yang selalu pegi untuk scan baby dulu. Dr yang incharge masa tu Dr Faizal. Dia check kulit baby, memang ekz...

Sunat Baby Girl di Klinik Ajwa Shah Alam

Teks: Zaila Hafni Masa baby umur 2 bulan hari tu, baru sempat sunatkan dia. Alhamdulillah, kat Shah Alam ni ada satu klinik yang taklah jauh dari rumah yang ada perkhidmatan sunat baby girl. Kami pilih untuk ke Klinik Ajwa di Seksyen 7 Shah Alam. Sebelum ni pernah pergi Klinik Ajwa Seksyen 15 Shah Alam je, untuk scan 2D baby. Nak sunatkan baby, firstly call klinik dulu. Ni untuk pastikan doktor yang incharge sunat baby girl tu ada. Macam kami hari tu, doktor yang incharge hanya available hari Rabu dan Sabtu, jam 8 pagi hingga 2 petang. Jadi boleh lah walk in ke klinik pada hari dan waktu tu. Tak payah appointment. Kami pergi hari Sabtu, sampai di klinik dah hampir pukul 1 petang. Ramainya orang, subhanallah. Dalam hati dok kata pukul berapa la sampai giliran ni. Dahlah terkial-kial berdua je ngan baby. Husband tunggu dalam kereta dengan anak-anak bujang. Kat klinik ni, masuk je akan terus ke triage untuk saringan. Kalau baby, check temperature, demam ke tak. Timbang berat juga. K...

WORQ

Beberapa minggu lepas, akak hadir satu taklimat yang diadakan di WORQ, Glo Damansara. Redah aje pergi walaupun tak familiar langsung kawasan tu. Bila google, katanya shopping mall. Tak boleh nak hadam macamana taklimat dibuat di mall. Ada unit ofis ke macamana, serius akak tak boleh bayangkan. Pagi Ahad tu, gerak saja dengan husband dan anak-anak, dengan cuaca pun mendung redup aje. Perjalanan alhamdulillah smooth. Mujurlah Ahad, jadi kawasan tu agak lengang. Kalau hari kerja, sibuk juga tu. Kami ikutkan saja Waze. Sampailah masuk ke Glo Damansara Shopping Mall tu. Dah park kereta, keluar. Termangu juga tak tahu mana entrance. Betul ke tidak entah. Seorang manusia pun tak nampak lalu lalang tapi mujur jugak banyak kereta parking, maksudnya adalah orang dalam bangunan ni. Yakinkan diri aje, berkali-kali tengok alamat. Sampailah kat satu pintu, ada direction untuk ke WORQ tu. Barulah bertambah yakin kami di jalan yang benar, ha gitu. Follow aje sampai kat satu area tu nampak happe...