Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Merdeka 59 Tahun

MERDEKA! Apa je aktiviti korang hari cuti merdeka ni? Akak kat rumah je, husband kerja. Jadi macam hari-hari Rabu yang biasa, kami di rumah pun sama saja. Pagi sarapan maggi goreng ikan bilis. Lunch makan rendang ayam tak pedas  dan hati ayam masak kicap lebih semalam. Hehe. Tapi bila skrol timeline tu penuh la dengan ucapan-ucapan merdeka, mereka yang pergi bercuti-cuti merdeka dan yang turut serta sambut merdeka di tempat masing-masing. Akak tumpang seronok je lah tengok. Apapun selamat hari kemerdekaan Malaysia ke 59. Sumber: devianart.com Sehati dan sejiwalah semuanya.

Kes Maahad Tahfiz

Hari ni, dah banyak akak nampak orang dok viral dan share berita maahad tahfiz yang terlibat kes cabul tu. Siap satu portal tu letak gambar ustaz pemilik maahad tu lagi. Dan polis pun dah mula siasat kes ni, kita yang tak berkaitan ni eloklah kalau tak payah komen lebih sangat, kita sendiri tak tahu apa yang berlaku di sebaliknya. Ambik tahu dan ambik langkah berjaga-jaga tu ok, tapi nak hukum dan kata yang bukan-bukan kat individu tertentu rasanya tak patut jugak kot. Ni tertakluk kepada keyboard warrior semata lah ye. Akak follow juga kes ni. Risau jugak esok anak-anak dah nak masuk sekolah. Kalau sebelum ni kita dok risau anak perempuan, sekarang ni anak lelaki pun sama juga. Dah nak kena educate anak pasal sexual education dari kecik. Kena explain terang-terang bagi dia paham apa yang boleh dan tak boleh. Mak-mak ni kalau boleh nak anak depan mata dia je tapi memang la mustahil kan. Yang dia mampu, doa je Allah lindung ke mana-mana anak dia pegi, dengan sapa anak dia bergau...

Pendaftaran Pra Sekolah

Semalam, alhamdulillah berjaya submit borang Pra Sekolah untuk anak sulung akak. Haaa rasa macam dah up pangkat mak dah bila anak dah nak mula sekolah. Tapi, ni baru pra. Dan anak baru 5 tahun pun. Tapi sebab sekolah kata boleh cuba apply, akak cuba ajelah. Sebenarnya, untuk pra sekolah, anak yang umur 5 dan 6 tahun pada tahun hadapannya boleh je apply. Tu sekolah yang dekat rumah akak ni lah. Sekolah lain akak tak pasti. Tapi rasanya mana-mana sekolah rendah gomen boleh kot. Keutamaan tempat akan diberi untuk anak yang umur 6 tahun, tapi kalau ada kosong, sekolah akan pilih budak 5 tahun. Sebab tu apply je mana tau ada rezeki dapat. Or else, senang nak apply tahun depannya pulak since dah ada rekod di sekolah. Macam kat sekolah yang akak apply ni, akak nampak banner permohonan pra sekolah kat depan sekolah tu haa. Jadi, pegi la pejabat sekolah nak ambik borang. Borang tu isi bagi lengkap, attach segala salinan dokumen yang perlu. Macam borang anak akak ni, salinan do...

Team Malaysia yang Ohsem di Olimpik Rio

Wah, menjadi-jadi sungguh nampaknya team Malaysia kat Olimpik kali ni ye. Berjangkit-jangkit aura pingat dari satu team ke satu team. Bermula dengan Pandelela, lepas tu Azizulhasni "PocketRocketMan", menyusul 3 sasaran pingat team badminton pulak. Pandelela dengan Azizul pun lepas ni ada lagi acara kalau tak silap, ada chance kumpul pingat lagi ni. Gambar: nst.com.my 2 pasangan beregu dalam badminton dah tentu dah pingat, cuma tak tau lagi perak atau emas. Update: Beregu campuran berjaya dapat pingat Perak 😊 Gambar: nst.com.my Datuk Lee Chong Wei pun on the way, sekarang tengah semi final. Haaa, semangat tak akak. Walaupun rumah akak tak bertelevisyen, tapi tak menghalang akak ambik tau pasal Olimpik tau. FB kan ada. Kehkehkeh Cuma akak takleh tengok live je lah. Akak cuma tau result aje laaaa. Jadilah kan. Biar kome kome je yang rasa getarnyaaaa 😉 Apapun syabas untuk team Malaysia kali ni. Memang haibat belaka mereka. Dan pastinya memang berusa...

Inspirasi Pandelela Rinong di Olimpik Rio 2016

Sebelum ni akak baca berita Pandelela Rinong menang pingat kat Olimpik Rio 2016, akak kagum jugak tapi tak hairan sebab dia memang haibat pun. Gambar: Yahoo Sports UK Tapi pagi ni, melintas artikel The Star pasal mak ayah Pandelela on the way nak ke Rio. Link artikel kat SINI . Wah, dalam pikiran akak, jenuh jugak mak ayah dia pi ke sana tu nak tengok dia perform. Yalah kan, Rio tu bukannya dekat macam kampung akak. Eh kampung hasben akak yang sejam dah sampai tu. Dan duit flight pun bukan sikit-sikit tau. Akak dok pikir berapa lama mak ayah dia kena simpan duit belanja dan duit tiket nak pegi Brazil nun. Punya hebat tak hebat mak ayah punya nak support anak. Tapi, bila kali sampaikat  satu paragraph dalam artikel tu, ada mention rupanya Pandelela dah memang plan nak bawak the whole family dia ke Rio. Siap rancang dari bulan Mac hari tu. Dia jugak yang belanja tiket flight ahli keluarga dia yang harga dalam RM9k seorang. Haa kau. Dia yang sponsor tiket ok. Pa...

Pasaraya Bajet di Shah Alam & Klang

Kalau bawak RM100 ke supermarket sekarang ni, agak-agaknyalah berapa barang yang boleh dapat ye? Kalau bujang tu ok lagi kot. Kalau yang dah ada family ni, beli barang keperluan anak atau barang dapur saja pun dah boleh cecah 2-3 ratus dah sekali shopping. Haa. Sebab tu kena pandai survey supermarket atau kedai yang offer harga yang affordable. Janji dapat barang yang sama kualiti. Meh akak nak share supermarket atau kedai yang pada akak, boleh la nak beli barang-barang dapur atau barang keperluan rumah dan anak dengan harga yang berpatutan. Ni untuk kawasan Shah Alam-Klang aje ye. Kawasan lain akak tak tau. Hehe. 1. Econsave Lebih tepat Jalan Kebun (lebih spesifik dekat Kemuning Greenville) sebab akak selalu pegi situ je. Yang paling dekat dengan rumah. Sayur ngan buah ok jugak beli sini. Barang basah akak tak berapa suka beli sini. Barang kering, barang rumah ok. Baju budak pun ada, takde la mahal sangat. Susu budak pun ok banyak gak choice. Lagipun tutup lewat pukul 10.30 malam....

Apa Nak Buat Bila Anak Batuk & Selsema?

Anak-anak batuk dengan selsema sehari dua ni. Berjangkit ummi la ni. Maka dengan itu, kelam kabut la jadinya jadual ummi, bertongkang pecahlah rumah. Mana taknya, si kecik tu sebolehnya nak menggantung saje. Orang tak sihat, macam gitulah. Serba tak kena. Biasanya kalau anak-anak selsema batuk ni, kitorang takde la terus pi klinik dulu selagi kahak jernih, badan tak panas dan bernafas macam biasa. Melainkan kahak dah bertukar kuning-hijau, on off panas badan nak demam, nafas laju, maka terpaksa bawak gi klinik lah bagi doktor check. Hari tu, si kecik ni nafas agak laju, risau pulak dibuatnya. Jadi bila pi klinik, doktor bagi neb seround. Lepas tu baru ok. Kalau nafas laju tu maksudnya ada kahak dalam saluran pernafasan, ganggu dia bernafas. Nak bernafas tak selesa. Yang risau takut kahak berkumpul lama-lama boleh jadi jangkitan. Bila neb tu, maksudnya wapkan hidung dan mulut anak dengan saline water (air garam), supaya kahak longgar dan legakan saluran pernafasan. Proses neb sekej...

Check up Kehamilan dengan Doktor Perempuan di Klinik Sofia Shah Alam

Kalau ada masalah nak check up kehamilan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (Kerajaan), masalah dari segi masa terutamanya, boleh cuba ke Klinik Sofia kat Seksyen 23 Shah Alam ni. Untuk kehamilan kali ni, saya check up di KK yang takde scanner, maka saya perlu scan kandungan sendiri di klinik swasta. Nak pegi klinik kerajaa  lain pun boleh, tapi kena buat appointment awal dan slot pun terhad. Jadi, terpaksalah ke klinik swasta untuk scan tiap-tiap bulan. Saya memang kena scan tiap-tiap bulan sebab saya ada diabetes. Jadi kena scan untuk check baby growth, sebab baby ibu yang diabetes ni ada risiko terlalu kecil atau terlalu besar. Sebab tu kena scan tiap-tiap bulan untuk pantau berat dan pertumbuhan baby selari dengan yang sepatutnya atau tak. Alhamdulillah terjumpa klinik ni. Agak baru juga buka. Dan tak jauh dari rumah. Lagipun tiap-tiap hari buka termasuk weekend. Cuma kalau check up weekend, doktor lelaki yang on duty. Doktor perempuan ada pada weekdays (Isnin-Jumaat). Saya d...

Cendol Sedap di Shah Alam

Ahad lepas, husband teringin cendol. Selalunya dia beli cendol area Seksyen 7 dekat-dekat Pharmaniaga tu. Nak dekat ke Bukit Raja dah pun lah. Tapi malangnya hari tu tak buka pulak. Jadi, try shoot ke Seksyen 16, ke gerai cendol yang lejen dan famous kat Shah Alam ni. Cendol Pak Ayob. Lokasi dia kat Seksyen 16, depan masjid. Diorang meniaga kat tepi bus stand. Ada lori pick up jual rojak jugak. So kalau makan cendol, boleh la try rojak sekali. Cuma bagi akak, rojak dia tak berapa kena pada selera saya. Rojak yang akak suka kat sini, ada satu di Taman Sri Muda, Seksyen 25. Kat simpang 3, nak dekat sempadan dah Seksyen 25-Kemuning Utama. Satu lagi rojak (tak ingat nama) yang ada kat Seksyen 9 Shah Alam. Berniaga belakang Concorde Hotel, kalau masih ada lagi sekarang lah. Berbalik kepada cendol, kat gerai Pak Ayob ni, ada cendol biasa dan pulut. Takde fancy-fancy macam kat Cendol Bakar tu. Sini cendol dia simple je. Tak ingat pulak kalau ada cendol tapai. Dan cendol dia memang origin...