Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Review Buku: Diagnosis3-Mortuari

Buku pertama yang akak habis baca tahun ini. Dan selesai baca dalam sehari sahaja. Apa tandanya tu? Tandanya buku ni best lah  Akak beli buku ni direct daripada salah seorang daripada 3 penulis buku ini, iaitu melalui Dr Noor Hayati Yasmin Ngatimin. Order hari ini, esoknya sampai siap bertanda tangan penulis. Memang syok. Buku Diagnosis 3 ini adalah kompilasi cerita 3 doktor yang tak lepas daripada berhadapan dengan kematian. Setiap kematian itu ada ceritanya tersendiri, yang mana kita yang hidup ini dapat ambil iktibar dan jadikan pengajaran. Buku yang ditulis oleh Dr Fahd Razy, Dr Noor Hayati Yasmin dan Dr Jack Naim ini, kalau rasa tak insaf, baik ulang baca sekali lagi dan hayati betul-betul. Bahagian pertama buku, kisah mortuari daripada Dr Fahd. Akak suka semua kisah beliau. Isi cerita yang ingin disampaikan sangat berkesan dengan gaya penulisan yang santai tapi sentap. Dr Fahd menulis macam diari, kita rasa sangat dekat dengan situasi yang diceritakan. Dan pastinya pengalaman...

Barang yang Lepas Jangan Dikenang

Alhamdulillah Khamis sudah. Rasa cepat pulak minggu ni berlalu, since few things need to be settled - already settled. Semalam hubs mc. Bengkak sikit tonsil beliau. Anak-anak pun hingus2 selsema. I is alhamdulillah masih ok. Kalau I tak ok habis la huru hara rumah tangga. Hehe. This morning, saje check followers IG kat my personal IG account. Saja la tengok 1 IG ni yang tak pakai nama sebenar tapi saya tau ni mesti seseorang yang saya kenal sebab IG personal saya, saya hanya approved insan-insan yang dikenali sahaja. Bila tengok profile pic, oh ye memang kenal sesangat. Tengok post2 beliau. Eh. Promote barang baru le. Barang sama macam saya. Hehe. Sebelum ni tau dia jual pinggan mangkuk dan juga pengedar untuk company yang terkenal dengan barang kemas murah. Dan dia memang pernah consult saya untuk masalah kesihatan beliau. Pung pang pung pang jugak la nak consult sebab masalah beliau ni agak complicated bagi saya. Ada la follow up lepas tu, alhamdulillah dia kata dia makin ok lepas ...

Penghijrahan dari Celcom ke Tone Excel

Teks: Zaila Hafni Saya sebenarnya memang pengguna setia Celcom. Sejak tahun 2002 lagi, seingat saya lah. Satu-satunya nombor yang saya guna sejak dulu, dengan telco yang sama juga. Hingga akhirnya tahun ini, secara spesifik bulan ini, saya membuat keputusan untuk berhijrah ke telco lain iaitu Tone Excel (TE). Sebab utama, bila saya top up RM30, akan dapat 1gb data PERCUMA. Maka kredit saya tak terusik dan tak risau takde kredit untuk call. Kalau dulu, top up dulu then potong kredit untuk beli data plan. Sekali top up dan beli data lepas tu dah tinggal sipi je baki kredit, nak call pun terfikir-fikir. Sekarang taklah berkira sangat sebab insha Allah cukup kredit nak call ☺ Ada lagi bonus lain, macam benefit Air Asia, Tune Hotel dan lain-lain. Saya kongsi lain kali ok. TE guna line Celcom, jadi pengguna Celcom takde rasa perubahan ketara pun dari segi line. Telco lain saya tak pasti lah. Kesimpulannya setakat hari ni, ok la. Moh tukar ke TE! 😊😊😊 ...

Alergik Ayam dan Telur

Baru-baru ni anak sedara gatal-gatal satu badan, start naik merah kat muka merebak seluruh badan. Kesian sungguh garu-garu. Ayah dia bawak ke klinik, Dr kata alergik ayam dan telur. Selama ni makan ayam dengan telur ok je. Tapi agaknya bila sampai satu tahap badan tak boleh terima kot ye atau kalau makan ayam/telur yang tak fresh pun kadang-kadang boleh jadi punca juga. Dr nasihatkan minum air banyak dan elak makan ayam dan telur buat sementara waktu. If nak makan ayam pun, Dr cadangkan beli ayam Az Zain (ayam tak cucuk hormon). Bab ayam ni, saya pun taklah arif sangat - bab hormon, antibiotik, vaksin, vitamin untuk ayam ni. Tapi saya pasti pihak yang bertanggungjawab dalam urusan ni dah buat kerja depa. Kita lah yang tentukan nak terus makan ayam atau beli ayam yang kita yakin saja. Saya bukanlah cerewet sangat tapi bab ayam ada memilih sikit. Selalu beli ayam kat supermarket, balik rumah nak potong2 simpan adakalanya macam tak berapa fresh dah pun isi pun lembik-lembik dan cepat h...

Petua Sabar Dengan Kerenah Anak

Jadi mak dalam umur yang taklah berapa muda sangat ni, sesekali datang jugak rasa huih penatnya la hai! Hari-hari ada je adegan menguji kesabaran. Masa baby, cara baby. Masa dah besar, cara budak besar rupanya lagi mencabar! Maklom la dah pandai bercakap... Saya tengah train anak sulung untuk diaper free. Allahuakbar, stres jugak ooo. Mula-mula tu ok jugak la,  tapi dah masuk seminggu...ada gak rasa nak gibab! Bukan part dia terkencing atau terlepas dalam seluar tu yang jadi isu; tapi bila disuruh pakai seluar balik dia kata tak boleh - saya pantang dengar dia cakap tak boleh padahal sebenarnya dia tak mahu buat dan nak suruh saya pakaikan. Maklom la kena tukar seluar banyak kali. Agaknya dia pun fedap! Haha Cemana saya tahan sabar hari-hari? Tak tahan jugak sebenarnya. Haha! Nak je hantor ke taska. Baru dia tau berdikari. Tapi nanti lah. Buat masa ni kat rumah je lah dulu, mak kena la belajar sabar 😊 Paling biasa, nak menyabarkan hati, istighfar sajalah. Kadang istigh...