Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Sakit Kepala Berdenyut, Petanda Migrain?

Sakit kepala berdenyut-denyut, pada satu bahagian kepala boleh jadi petanda migrain. Pernah kena tak? Lebih kurang 75% penderita migrain ni kaum wanita tau. Nampak benor wanita ni sukar sikit nak kawal stres dan tekanan. Eh. Bukan, tu antara sebab yang mungkin menyebabkan migrain je. Banyak lagi punca lain yang sebabkan terjadinya migrain. Alkisahnya, anak-anak saya tak sihat. Dua orang sekali. Dek takut suhu badan naik tengah malam, kita tidur pun ayam-ayam aje lah. Mana tahu tetiba suhu spike ke 38 ke 39 ke, kena cecepat pegi klinik atau hospital. Yang kecik pantang kudengar merengek terus disua susu. Yang besar, perhati dulu kadang-kadang dia mengigau je. Sejak tu, waktu tidur memang terganggu. Tak cukup tidur, tak cukup rehat. Siang buat kerja macam biasa tapi lepas sehari dua, terasa sangatlah lemah satu badan. Keesokannya bertambah lemah bila kepala start pusing dan berdenyut. Memang lain macam. Saya tak pernah lagi kena macam ini. KENALI SIMPTOM MIGRAIN DI SINI. Terus amb...

Cara Nak Tahu Kalau Anak Salah Urat/Demam Urat

Beberapa minggu lepas, banyak aktiviti luar. Berturut-turut. Disebabkan anak-anak pun keluar masuk kereta aircond, kena panas terik kat luar... masing-masing pun tak berapa sihat minggu lepas. Yang si abang nak hampir bengkak tonsil, yang adik dedar-dedar. Adik tu dengan demam uratnya dengan nak tumbuh giginya, dengan tak sabar nak meniarap hari-hari tu yang kejap panas kejap sejuk badan dia. Tapi yang pasti memang demam atau salah urat sebab bahagian atas pinggang panas, bahagian bawah sejuk. Gitu lah simptom salah urat kat budak-budak. Ini pun belajar daripada mak mertua masa anak sulung dulu la. Pernah sekali apsal kepala sampai pinggang je panas tapi kaki sejuk budak ni. Orang muda mana nak tahu. Lepas tu bawak pergi urut lah. Kami sekeluarga ni memang dah biasa guna khidmat sorang wak urut kat Sepang. Wak ni pandai urut baby dan budak. Orang lepas bersalin pun dia urut. Jadi kami anak beranak memang selalu juga lah berurut dengan dia. Masa anak sulung dulu, belum setahun umu...