Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Tips 'Panjangkan' Masa untuk Working At Home Mom

Sejak seminggu kebelakangan ni, saya dok terfikir macamana saya nak buat semua kerja yang harus saya selesaikan ni supaya sempat tiap-tiap hari. Memang tenggelam punca kejap nak buat itu, kejap nak buat ini. Boleh katakan saya LOST. Saya memang sangat perlu cara nak squeeze segala urusan kerja rumah termasuk urus anak-anak, urusan bisnes dan freelancing supaya seimbang tiap-tiap hari. Saya cuba atur sendiri tapi setiap kali itulah banyak tak berjaya daripada berjaya. Kadang-kadang letih juga, walaupun kerja dari rumah, jangan anggap wahm semua ni dok rumah makan tidur je ye. Trend wahm zaman sekarang, tak menang tangan macam-macam urusan kena buat. Urusan rumah tangga dan bisnes. Kalau silap perhitungan, lagi letih daripada yang kerja pejabat. Allah dengar masalah saya, mungkin. Terlintas di newsfeed FB saya, ada orang share tentang Tips Panjangkan Masa Sehari. Memang excited sungguh la baca. Dan saya cuba praktik sehari dua ini. Alhamdulillah. Rasa lebih tenang. Kerja lebih terat...

12 Makanan Sahur yang Bantu Banyakkan Susu Badan

KHAS UNTUK IBU-IBU MENYUSU Lagi 3 hari kita akan bertemu Ramadan lagi, insya Allah. Salah satu kerunsingan ibu menyusu ketika berpuasa adalah tak cukup susu atau kering susu di waktu siang (untuk ibu menyusu direct atau pam). Sebenarnya, ibu menyusu masih boleh berpuasa, tapi kalau dah sampai tahap memudaratkan kesihatan ibu atau bayi, ibu dibolehkan tidak berpuasa. Tapi sebolehnya mesti kita nak juga berpuasa, kan? Untuk bantu ibu kekal bertenaga dan cergas sepanjang hari berpuasa dan insya Allah dengan penghasilan susu badan yang maintain dan lancar, jom saya kongsikan makanan yang boleh bantu banyakkan susu badan yang boleh diambil ketika bersahur. 1. BUAH KURMA Kurma memang terkenal sebagai makanan ibu menyusu selain sinonim dengan bulan Ramadan. Kurma dapat bantu beri tenaga dan juga merupakan makanan sunnah. 2. BUAH-BUAHAN SEGAR Digalakkan memakan buah-buahan untuk tingkatkan kuantiti cecair dan menambahkan vitamin dalam badan, selain menyegarkan badan. Boleh dimakan begi...

9 Tabiat Pagi Orang yang Berjaya

Berpagi-pagian mencari rezeki  Orang yang berjaya dalam hidup mesti ada tabiat pagi yang dilakukan setiap hari untuk memastikan hidupnya terus berjaya. Jom tengok apa tabiat yang orang berjaya lakukan setiap pagi untuk memastikan kelancaran sepanjang hari. Tabiat #1 - Bangun Sangat Awal Kita digalakkan bangun awal untuk buat solat tahajud, taubat dan lain-lain. Bila bangun awal, kita tak rushing sangat untuk kerja seterusnya. Beberapa bulan ni saya cuba bangun seawal 4.30 pagi, selewatnya 5.45 pagi. Alhamdulillah ada banyak perkara boleh siap sebelum anak-anak bangun. Cuba bangun 15 minit awal daripada waktu yang anda biasa bangun. Tambahkan lagi 15 minit awal untuk hari seterusnya. Amalkan selama 21 hari. Insya Allah. Tabiat #2 - Membakar Kalori Bersenam ringan atau buat apa-apa aktiviti fizikal. Boleh menyegarkan tubuh. Kalau yang suri rumah tu, boleh buat kerja rumah macam menyapu ke. Buat senaman ringkas pun boleh. Tabiat #3 - Dengar Motivasi Manfaatkan 30 minit untuk den...