Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

44 Days: Cara Pulihkan Luka Bersalin dengan Cepat

Saya sebetulnya ada lagi rasa trauma kalau fikir luka bersalin masa melahirkan anak pertama. Orang kata, biasa la anak pertama. Kita belum ada pengalaman dan 'jalan' pun belum ada. Jadi yang kedua ni, berharap sangat luka tak terlalu besar dan cepat baiknya. Alhamdulillah kali ni luka kecil saja dan makin pulih, sekaligus memberi ruang saya untuk sihat bertenaga lebih cepat. Hampir 2 minggu berpantang, saya dah boleh buat kerja rumah yang ringan-ringan dan mengendalikan baby. Kalau dulu... banyak urusan mak mertua lah yang tolong sebab saya tak boleh bergerak banyak dan nak bergerak pun sakit. Antara petua nak pulih luka bersalin dengan cepat (untuk episiotomi, bersalin normal bukan pembedahan): 1. Sapu / letakkan ubat kuning atau ubat luka. Ubat ni disediakan hospital. Pastikan kawasan luka kering dan dicuci dengan air suam. Lepas tu letak ubat pada kapas dan tekapkan pada luka. Atau nak cepat, boleh siram perlahan-lahan (untuk luka yang agak besar). 2. Jangan duduk ber...

44 Days: Tukang Urut dan Jururawat Masyarakat

Semalam, masa tengah diurut, nurse datang melawat. Kalau sebelum ni, nurse yang datang yang muda2... tapi semalam yang dah agak senior. Tu pun sorang-sorang dia je. Sebelum ni mesti datang 2 org. Nak jadi cerita, tukang urut saya kenal rapat pulak dengan nurse tu. Haha. What a small world. Maka berboraklah mereka. Dengan saya dan mak mertua sekali lah. Meriah tiba-tiba. Haha. Tapi antara yang best dalam perbualan semalam: - Bila bawak anak ke klinik, tak payah la nak pakaikan anak dengan baju yang fancy sangat. Nak timbang dan ukur boleh ambik masa lama sebab hegeh2 nak tanggal dan sarung baju anak. Tak masuk yang pakai hair band ke apa lagi tu. Nurse tu kata...menunggu kamu ni dah boleh siap 2 orang baby dah. Hoho. Sentaps. Moral of the story, pakaikan anak baju yang paling senang nak diuruskan. Macam romper ke. - Saya inform nurse kaki anak macam naik bintik gatal. Dia dengan tak tengok pun terus kata ruam panas tu. Pakai baju nipis2 je. Hehh. Sebelum ni bagitau nurse lain dan2...

44 Days: Urutan Lepas Bersalin. Penting Ke?

Preparation menyambut ahli keluarga baru ni boleh kata agak kelam kabut bagi saya. Dengan shopping last minute, tu pun mujur banyak juga barang dan baju serta kelengkapan lain yang masih elok sejak anak sulung tak perlu dibeli baru. Tapi itu lah, sayu pulak tengok si adik baby ni pakai baju-baju lama si abang. Hehe. Ada jugak baju baru dia. Takde la tak beli langsung. Sama lah kes dengan tukang urut. Sebenarnya dah lama cari. Tapi biasa lah ada kekangan di sana sini. Kos pun antara satu faktor. Mahal atau murah, biarlah sesuai dengan pakej ye tak. Saya mintak biras tolong carikan, ada lah sorang. Tapi macam agak mahal dengan pakej yang dia tawarkan. Maka out. Alternatif lain, tukang urut yang biasa urut saya masa bersalin dulu. Tapi saya yang nak kena pergi ke rumah dia. Dan khabarnya makcik tu pun makin sukar dihubungi. Buatnya dah sampai depan rumah dia, dia tak ada. Sesia dan buang masa sahaja. Maka sekali lagi...out. Alternatif satu lagi. Nasib baik mak mertua saya teringat jir...

44 Days: Jaundis

Ok. Nampaknya tak terlepas juga anak kena jaundis atau sakit kuning. Tapi, alhamdulillah bukan sampai tahap kena warded. Yang sulung, memang umur 2-3 hari dah masuk wad duduk bawah lampu. Dan masa tu pulak saya memang hopeless dan macam depressed gila. Hasben yang uruskan. Saya nak jalan pun tak selesa. Luka jahitan sakit sangat. Anak saja di wad, saya dan hasben bermalam di hotel berhampiran sebab wad penuh. Maka anak memang dapat susu formula. Double sedih masa tu. Tapi alhamdulillah warded 1 malam je, dan kuning dia dah ok. Yang no 2 ni, jaundis baru nak start. Detect di muka dan dada, berdasarkan pemerhatian nurse klinik yang datang melawat. Nebes jugak takut kuning naik, tapi kali ni saya ngan hasben memang usaha lebih untuk pastikan tak sampai warded. Bacaan pertama 192. Masih tinggi sebab normal bacaan TSB kena bawah 150. Tapi tak perlu warded melainkan melepasi 225 (untuk baby usia 4-5 hari tak silap saya). Kalau umur lebih daripada tu, kena warded kalau bacaan TSB 300. Ta...

44 Days: Welcoming Our New Bundle of Joy

Alhamdulillah. I am safely delivered our new member in the family - the 2nd prince :D Awal daripada EDD, 11 hari. Sama macam abangnya dulu. Bezanya abangnya dipaksa keluar (induced) tapi adiknya keluar sendiri. Tak sabar nak jumpa abah ummi abang kot ye. Apapun, alhamdulillah sangat sangat. Proses kali ni Allah mudahkan. Sedikit kronologi pada 31 Mac 2015: 3.06 am: Sakit perut memulas. Ke toilet nak buang air. Tapi takde apa nak keluar. Macam angin pun ada. Ok ada cuak sikit dah kat situ. 3.15 am: Masih lagi cuba ke toilet pun tak ada hasil apa juga. Dalam hati...this must be CONTRACTION. Lantas sambil2 tahan sakit, grab few more things masuk dalam beg. Masa tu dah start dahi berpeluh. Sakit perut sangat-sangat. It comes about 10-15 mins. Husband dah bangun dan mula siap2. We have to go to the hospital NOW! 3.25 am: Gerak ke hospital. Kami memang pilih untuk bersalin di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Saya kan ibu berisiko, husband tak mau ambik risiko bersalin di private....