18.2.15

Apa Kaitan Mengandung, Saiz Sandal dan Vitamin C?



Semalam, rancak perbualan di group bisnes saya. Daripada satu topik ke satu topik sampai ke satu topik ni, yang mana berkenaan kehebatan Vitamin C.

Vitamin C, vitamin yang agak popular dalam kalangan kita, bukan? Dari kecik sampai besar kita digalakkan ambik vitamin C tak kiralah dalam bentuk tablet atau pun dengan makan buah yang kaya vitamin C. Yang saya sedia maklum, vitamin C penting untuk elak demam, selsema dan batuk, makna kata untuk tingkatkan keimunan badan. Tapi tau tak ada manfaat lain vitamin C ni?

Untuk ibu mengandung macam saya ni, dah tentulah penting. Saya memang ambik Sustained Release Vita-C untuk elak batuk, demam, selsema sepanjang mengandung sebab sebolehnya saya nak sihat-sihat saja dalam tempoh ini. Insha Allah. Maklumlah, dalam keadaan ni, kadang-kadang sakit sikit tu impaknya 2 kali ganda. Walaupun batuk ringan...

Semalam, daripada hasil perbincangan, antara kesan pengambilan vitamin C sepanjang mengandung berdasarkan pengalaman kami:

Mengurangkan sembab di muka 

Mengurangkan kaki bengkak

Ini pengalaman saya sendiri. Saya perasan yang saya tak tukar sandal yang saya pakai sejak 8 bulan lalu (sebelum mengandung). Dan masih muat. Cuma sandal tu aje yang tak tahan dek dikerjakan saya ke sana sini. Masuk dalam perancangan juga, tukar sandal baru tapi sebab sandal yang ada ni masih boleh pakai dengan selesa, saya hampir terlupa. Masa mengandung anak pertama dulu, ada tukar sandal tapi tak ingat masa bulan keberapa. Dan setiap kali check up pun, bila nurse check kaki, pun kata takde bengkak. Kaki gemok sikit ada lah. Normal la tu, perubahan hormon masa mengandung. Dan nurse memang pantau sebab saya ada history darah tinggi dulu, yang mana kaki bengkak adalah satu tanda perlu berjaga-jaga bagi ibu berisiko macam saya ni. Jadi...kena konsisten makan vitamin, jimat duit tak payah tukar sandal banyak kali..haha!

Kurang selsema, batuk dan demam

Sepanjang mengandung kali ni, batuk-batuk ada lah sekali hari tu. Itu pun sekejap je. Alhamdulillah demam, selsema tak de. Rasa kering tekak je, cepat-cepat minum air lebih sikit. Atau ambil vitamin C lebih sikit. Bukan apa, kalau tak sihat masa mengandung ni, nak makan ubat pun tak digalakkan sangat dan sakit sikit pun dah rasa tak selesa.


Ibu mengandung juga disaran mengambil multivitamin (turut bantu kurangkan edema iaitu sembab muka dan kaki bengkak) iaitu pil yang dalam sebiji tu ada kebanyakan nutrien penting. Pilih yang mengandungi vitamin A, C, E, B Complex, mineral surih (magnesium, kalsium, zink dan selenium). Saya pilih multivitamin Vita-Lea with Iron Formula sebab tak mampu tahan dengan Zincofer (multivitamin yang diberi oleh Klinik Ibu dan Anak).

Ok lah. Tengah tunggu turn check up ni. Hopefully semua baik-baik sahaja. Insha Allah.

*Ni lah sandal setia saya. Dah lunyai dan buruk pun. Sandal raya tahun lepas ni. Saya tetap sayang walaupun tapak dah jadi mulut buaya. Hihi.






17.2.15

Pisang Goreng Cheese Sedap di Shah Alam



Rata-rata orang craving pisang goreng cheese ni kan. Dah tu ada macam-macam topping pulak tu. Lepas tu lagi, harga pun hmmmm... boleh tahan juga untuk satu set. Padahal kalau beli pisang goreng tepi jalan (kat sebelah Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam ada satu stall pisang goreng sedap) RM3 - balik tabur cheese kat atas tu baru berapa ringgit je kosnya kan. Tapi kalau dah tak berapa rajin tu - beli je lah yang dah siap ni haa.

Saya tak ada lah nak craving sangat cuma kawan yang dok mencanang katanya sedap bebenor. Jadi saya cuba sekali kat Tam Nasi Ayam, Seksyen 23 Shah Alam (sebelah Aeon Big, tepi highway LKSA). Boleh tahan la buat lepas teringin. Tapi sekarang ni, kalau singgah makan situ lagi pun, takde la nak sangat makan ni, bila nengok kan harga nye (dasar kedekut eh... bukan, berjimat).

Sedap tu sedap jugak lah. Dan saya rasa dah banyak kot tempat jual pisang goreng macam ni. Cuma saya baru berkesempatan merasa yang ni aje.

Kalau orang yang ada kencing manis ni... jaga-jagalah makan ni. Satunya, pisang. Duanya, digoreng. Tiganya, selain cheese macam ada susu pekat atau gula juga saya rasa. Setakat sekeping dua atau tak terlalu kerap, mungkin ok tapi jangan makan selalu la ye.

Pisang ni, memang la buah-buahan tapi manis juga. Tak boleh makan banyak juga. Tapi saya rasa antara pisang yang manis-manis ni pisang mas. Kalau pisang tanduk ke pisang montel ke (Cavendish) takde manis sangat. Jadi, memang ada kesan terhadap paras gula darah.

Atau... amalkan makan suplemen bagi kurangkan paras gula darah tu. Tapi dengan adanya suplemen pun, bukan bermakna kita boleh makan sesuka hati. Tetap kena kurangkan. Suplemen membantu je, bukan ubat pun.

Haa...ada yang dah meleleh air liur ke terbayang pisang goreng cheese ni? Dah dah nanti balik keje singgah kedai beli ye. Hehe.

zaila-rws.blogspot.com
Pisang Goreng Cheese

12.2.15

Elak Rebah, Kekal Gagah di Trimester 3


Sekuat mana saya tahan rasa letih + penat + mengantuk saya ni, kadangkala saya terpaksa akur juga yang sebenarnya badan saya perlu rehat.

Dengan perut yang dah makin ke depan, jalan pun tak boleh nak laju-laju dan cepat mengah -- perubahan fizikal yang nak ingatkan saya yang saya tak boleh nak bergerak macam sebelum-sebelum ini.

Sekarang, nak drive pun rasa betapa penat, lagi mengadap kerja-kerja yang sama setiap hari yang harus saya bereskan sebelum saya bersalin.

Bila saya Google tadi sebab saya rasa mengantuk dan letih sangat ni, barulah faham yang simptom begini lazimnya muncul semasa trimester 1 (memang keletihan melampau waktu itu) dan stabil semasa trimester 2 dan kembali pada trimester 3.

Ye saya dalam trimester 3 dan dah tak lama dah nak bersalin (semoga Allah mudahkan urusan bersalin saya kali ni).

Kalau saya baring ni, memang confirm terus lena. Hehe.

Bila sampai ke penghujung ni, maklum la banyak benda perlu settle, banyak benda perlu fikir, kadang-kadang tu rasa nak meletup juga. Tapi bila ada kekurangan dalam pemakanan kita, yang kita tampung dengan vitamin, insha Allah tekanan tu berkurang. Atau, kita dapat hadapi semua tu dengan baik dan tenang.

Konsisten je ambik multivitamin, pil kalsium, B Complex - insha Allah.

Selain berdoa pada Allah - amalan rohaniah tak boleh tinggal. Untung ada mentor dan kawan-kawan yang selalu ingatkan. Manusia lupa.

Semoga saya akan terus tenang untuk selesaikan apa yang tertunggak ini, dan mampu berehat lebih sikit sebelum bersalin. Doakan la ye.

Jangan nanti suami saya pelik pulak awat bini dok cium tangan berkali-kali. Nak rasa ketenangan, bang. Haha.



3.2.15

Salun & Spa Muslimah - Siti Salon-Al Zahrah, Seksyen 7, Shah Alam


Bulan lepas, akhirnya berjaya potong rambut setelah sekian lama. Kenapa saya kata berjaya? Sebab sebelum tu asyik tertangguh nak cari masa nak selit ke salun. Saya sebenarnya ada salun favourite di Seksyen 18, Shah Alam. Tapi, bila call owner tu tak angkat pulak. Salun pun tutup. Jadinya saya terus google cari lokasi salun muslimah yang ada di sekitar Shah Alam.

Terjumpa di blog Ainul Mustafa tentang Salun Muslimah Al-Zahrah. Teruja nak pergi, lagipun saya agak familiar dengan Seksyen 7. Jadi, terus pergi ke sana. Tengok review nya pun banyak yang positif. Saya pun nak juga rasa sendiri.

Premis salun ni tak susah sangat nak cari. Dekat dengan Fareeda (kalau sesiapa yang biasa datang). Ini Seksyen 7 yang dekat area Jakel. Tapi on the other side. Saya biasa juga datang sini, pernah makan kat restoran kat sebelah bawah. Oh ya, salun ni kat tingkat 2, jadi kena mendaki tangga sikit lah ya.

Masa saya sampai, tengah hari. Daftar nama, dan tunggu. Kebetulan masa tu ramai customer. Kena tunggu lama sikit lah sebab dalam ramai-ramai pekerja tu pun (5-6 orang) semuanya occupied dengan customer. Ada yang tengah buat treatment, ada yang datang anak-beranak jadinya kena sabar menunggu.

Tapi, tak boring sangat nak menunggu pun sebab mula-mula customer dah dihidangkan secawan teh. Cewah. Dan boleh lepak-lepak depan tv sambil baca majalah. Taklah bosan menunggu sangat.

Saya selalu gunting rambut dan cuci sekali. Sesekali orang tolong syampukan rambut best jugaklah. Sambil-sambil tu diurutnya kepala sekali.

Pekerja semua muda-muda. Tapi nampak terlatih. Cepat aje buat kerja dan bagi saya, saya suka dan puas hati. Selain suasana yang selesa.

Yelah, zaman dulu-dulu, mak saya bawak gunting rambut kedai aunty Cina kat pekan. Sekarang dah payah sebab batasan aurat. Selain kedainya yang pintu terbuka, suaminya kadang-kadang keluar masuk. Dan masa itu dan saya rasa kebanyakan tempat luar bandar masih lagi macam tu. Jadi tepat sangat ada salun muslimah macam ni, kita rasa selesa dan aurat terjaga.

Kat sini, spa pun ada. Nak try jugak lah one fine day. Insha Allah lepas bersalin nanti ke.

Saya memang recommend salun ni kalau sesiapa yang tinggal sekitar Shah Alam. Kalau nak datang weekdays, ok je. Kalau weekend, better buat appointment sebab selalu penuh. Demand tinggi ooo.

Sesekali, best juga dapat rehatkan diri macam ni. Harga pun saya kira berpatutan. Gunting rambut dan cuci sekali hari tu saya bayar dalam RM46. Pada saya, masih ok.

Salun ni jugak tersenarai antara salun pilihan di wanista.com.

Kalau anda berminat nak cuba gunting rambut ke, merawat rambut ke atau rawatan spa boleh ke alamat ni. Untuk muslimah saja ye. 

Siti Salon Al Zahrah Shah Alam

14B, Jalan Plumbum Q, Seksyen 7, Shah Alam