Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Seronoknya Blog!

Hari ni seronok blogwalking. Banyak info yang saya dapat, dan bagaimana satu-satu blog tu menarik pembaca untuk terus membaca daripada satu entri ke satu entri.  Memang bukan semua penulis blog ada kemahiran atau bakat begitu, tapi skill tu boleh diasah dan jika dilakukan dengan konsisten, lama-lama kita akan biasa.  Jadi teruskan membaca blog-blog yang penuh info dan perkongsian dan di update selalu! Dengan membaca di blog, kita menambah ilmu dan pengetahuan. Kita tahu perkara yang sebelum ini kita tak tahu. Kita dapat memotivasi diri bila baca kisah kejayaan orang lain, dan berkongsi pengalaman yang sama.  Siapa kata tulis blog benda yang tak ada faedah? Kalau menulis benda yang sia-sia dan buang masa - itu yelah. Tapi kalau kita cerita pengalaman kita yang baik untuk orang lain tahu, kita pun dapat pahala berkongsi perkara yang baik. Tapi jangan lah sampai riak pulak. Banyak benda boleh tulis.  Tak ada idea? Banyakkan membaca dan blogwalking. Jangan asyik baca go...

Khasiat Peria Katak untuk Pesakit Kencing Manis dan Darah Tinggi

Imej: Carian Google Mengenali Peria Katak dan Khasiatnya 1. Macamana rupa peria katak? Saiznya lebih kecil dan pendek berbanding peria biasa. Berwarna hijau macam ni. Jangan confuse dengan petola pulak tau. Petola and peria is totally different. Kat pasar tani atau pasar malam selalu ada. Tak susah sangat nak mencarinya ni. 2. Apa yang bagus sangat peria katak ni? Manfaat yang diketahui umum - menurunkan tekanan darah tinggi dan mengawal tahap glukosa pesakit kencing manis. Rasa peria ni kan pahit. Pahit kan ubat. 3. Apa lagi khasiat peria katak? Saya baca di blog Dr Malinda, yang pernah buat kajian tesis tentang peria katak ni. Yang beliau kongsikan, peria katak ni: - berkalori rendah, sesuai untuk yang ingin menurunkan berat badan - tinggi fiber, mineral dan anti-oksidan - mengandungi phyto-nutrient, polipeptida-P dan charatin untuk kawal gula dalam darah (bagus untuk pesakit diabetes) - tinggi kandungan vitamin C, karotin, leutine dan zea-xanthin (anti-oksidan ...

Makanan yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil

Disahkan hamil, dah pasti setiap pasangan teruja menerima rezeki yang Allah kurniakan, betul? Ada yang sukar hamil walaupun setelah pelbagai usaha dilakukan. Masih belum rezeki. Berusaha lagi, mungkin Allah dah tetapkan rezeki, cuma lambat atau cepat disamping usaha yang berterusan. Bila dah hamil, tengok ada 2 line kat UPT (Urine Pregnancy Test) memang tentu-tentu gembira sangat. Mula lah lepas tu datang kawan-kawan serangkainya - loya, pening, mual, kurang selera makan, cepat letih dan kurang bertenaga. Simptom biasa ibu hamil di trimester pertama. Trimester pertama adalah tempoh dari bulan pertama hingga bulan ketiga; yang mana sangat kritikal dan perlu dijaga rapi. Ibu perlu berhati-hati kerana kandungan masih awal dan berhadapan pelbagai risiko. Jadi, penting sangat jaga kesihatan semasa tempoh ini. Yang mencabarnya, ketika inilah anak dalam kandungan berkembang pesat dan memerlukan segala nutrien baik untuk perkembangan yang sihat dan kuat tetapi si ibu seringkali berpe...